Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MH370

DIEGO GARCIA

Diego Garcia adalah pulau yang terletak di selatan Khatulistiwa di tengah-tengah Lautan Hindi. Ia adalah sebahagian daripada wilayah  British Indian Ocean Territory (BIOT) , tetapi kini di bawah kawalan Amerika Syarikat di bawah pajakan daripada United Kingdom. Diego Garcia Military Base British Indian Ocean Territory -7.308430, 72.425609 Pangkalan tentera Amerika di pulau Diego Garcia adalah salah satu penermpatan tentera Amerika Syarikat yang paling strategik dan berahsia di luar negara Amerika Syarikat. Hanya boleh diakses oleh pengangkutan tentera dan pernah digunakan sebagai pangkalan untuk peperangan Iraq dan Afganistan. Diego Garcia juga dikaitkan dengan kehilangan MH370. Banyak teori, andaian dan komen di alam maya berhubung kehilangan pesawat MAS itu. Walau bagaimana pun biar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan meneruskan misi pencarian MH370. Kita berbanyak-banyak berdoa agar pesawat itu dapat dipertemukan,  dan bagi petugas SAR, d...

Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370

8 Mac 2014 - Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370. Pesawat yang membawa penumpang seramai 239 termasuk dua orang bayi, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, berlepas pada 12.41 pagi dan seharusnya tiba di destinasi pada 6.30 pagi. 10 Mac 2014 - TV3 menerumah Kapten Norudin Abd Majid. Beliau merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS. Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari, beliau merespon: " Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga .." Apa-apapun, sama-samalah kita semua berdoa dan berharap agar kesemua Penumpang dan Crew Penerbangan MH370 akan pulang dengan selamat.