Skip to main content

Posts

Showing posts with the label LuqmanHakim

PESANAN LUQMAN HAKIM

LUKMANUL HAKIM dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah wajar diambil iktibar oleh kita semua. Pernah suatu ketika, beliau mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan berjalan kaki.  " Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai, " kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka. " Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu ? " tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya. " Dengar ayah ," jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. " Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya ," katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang keldai. " Nampakkah kalian betapa anak yang tak...