Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kopi

Kontroversi Kopi Luwak

KOPI luwak diambil daripada biji kopi yang telah dicernakan musang melalui sistem perkumuhan. KOPI tahi musang atau lebih dikenali sebagai kopi luwak sangat terkenal di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa. Biarpun kopi tersebut dihasilkan melalui proses dengan fermentasi secara semula jadi dalam sistem pencernaan musang, ia tetap berjaya menarik minat manusia untuk menikmatinya disebabkan cita rasanya yang unik dan enak. Tidak dinafikan, harganya yang mahal juga turut menjadi penarik di kalangan para penggemar kopi. Di Amerika Syarikat, kopi luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau cat-poo coffee dan dijual dengan harga AS$190 (RM596) untuk 500 gram. Kopi tersebut juga didakwa jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram sahaja dihasilkan. Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$100 (RM314) sehingga AS$350 (RM1,099) sekilogram. Ramai yang meragui sama ada kopi luwak itu halal untuk diminum. Kopi Luwak difa...