Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kesihatan

INFO KESIHATAN : SLIP DISC

Awalnya rasa pelik saja dekat kaki. Kadang kebas, kadang mencucuk. Tapi bila jalan mula terhincut, barulah kita sedar ini bukan biasa-biasa. Slip disc bukan semestinya sakit belakang yang teruk. Ia boleh menyamar jadi gejala kecil yang ramai anggap remeh. Jangan tunggu sampai tak boleh bangun baru nak periksa. Kalau badan bagi “hint”, dengarlah awal-awal. Tulang belakang, sekali rosak… lama nak pulih. Kredit : https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/ LINK Home Library Info Kesihatan

INFO KESIHATAN : MICROSLEEP

Badan penat selepas seharian bekerja, mengantuk dan tidak cukup tidur sebelum memulakan pemanduan jarak jauh adalah punca utama kepada microsleep.  Anda tidak digalakkan memandu jika kepenatan. Sentiasa ingat orang yang kita sayang. Berehatlah dahulu. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia LINK Home Library Info Kesihatan

INFO KESIHATAN : TOKSIK DARI KEPALA HINGGA KE KAKI

Sumber : FB Viral LINK Home Library Info Kesihatan

Tip Kesihatan : Elak Makan, 10 Makanan ini.

10 makanan,  anda tidak perlu makan iaitu : 1. DIET SODA 2. SUGAR-FREE CANDY 3. MICROWAVE POPCORN 4. EGGS 5. ICE CREAM 6. LOW-FAT YOGURT 7. MARGARINE 8. CEREAL 9. ENERGY BARS 10. FRUIT JUICES

RAWATAN TERAPI OZON DIHARAMKAN - Bernama

PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan mengharamkan rawatan terapi ozon dan mengarahkan semua premis perniagaan termasuk klinik dan salun kecantikan agar berhenti menawarkan perkhidmatan itu serta merta. Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata penilaian teknologi kesihatan yang dijalankan Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) mendapati tiada bukti saintifik yang menyokong sebarang manfaat terapeutik penggunaan terapi ozon bagi mana-mana penyakit. "Terapi ozon ini tidak diiktiraf oleh mana-mana negara di dunia ini. Ia juga boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang teruk termasuk membawa kepada kematian," katanya pada sidang media, di sini hari ini. Selain itu, katanya, setakat ini, tiada mana-mana pihak yang menjalankan perkhidmatan terapi ozon yang mendaftarkan mesin mereka dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Justeru, katanya, semua pembuat, pengimport dan pengedar mesin terapi ozon perlu menarik semula pengeda...

TIP PERMAKANAN & HERBA : DAUN BELALAI GAJAH

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan. Cara Hidangan : Blend 100 helai daun belalai gajah bersama sebiji apple hijau dan minum. Atau  Teh Daun Belalai Gajah   Cara hidangan : Minum 1 uncang teh setiap hari. 1 uncang teh untuk secawan air panas (250ml). Rendam 1 uncang teh dalam air panas selama 5 minit dan sedia untuk diminum.   LINK Home Library Tip Permakanan dan Petua

RAWATAN ALTERNATIF : MEMBUKA SALUR DARAH JANTUNG TERSUMBAT

Rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass , bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut. Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama. Bahan diperlukan : 1 cawan jus lemon 1 cawan jus halia 1 cawan jus bawang putih 1 cawan cuka epal Cara Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih. Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. In sya Allah rawatan ini akan berhasil. Sumber : dari facebook

Kelebihan Minum Air Putih Ketika Perut Kosong

Minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur adalah sangat popular di kalangan masyarakat Jepun. Ujian saintifik telah membuktikan nilainya dan hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang keistimewaan air. Untuk penyakit-penyakit lama dan serius serta penyakit moden, rawatan air didapati telah berjaya oleh ahli perubatan Jepun sebagai penawar bagi penyakit-penyakit yang berikut: Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, penyakit telinga hidung dan tekak. KAEDAH RAWATAN 1. Bangun pada waktu pagi dan sebelum anda menggosok gigi, minum 4 x 160 ml gelas air  2. Berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit  3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum s...

Alternatif Lutut Sendi Besi

  Penyakit dan Masalah Mengidap sakit lutut dan tidak mampu berjalan jauh kerana menanggung kesakitan. Berjalan hanya dengan menggunakan tongkat. Bila bangun pagi, tidak boleh berdiri dan berjalan sendiri kerana lutut menjadi kaku dan sakit. Malah  perlu dipapah untuk ke bilik air. Jawapan Pakar : Sakit lutut dalam kalangan orang berusia dinamakan osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan oleh proses penuaan yang berlaku dalam sendi. Apa yang berlaku ialah permukaan rawan sendi menipis dan cecair sinovial (pelincir) dalam sendi juga berkurangan. Ruang sendi secara tidak langsung menjadi kecil di samping terdapat tulang baru yang tumbuh di kelilingnya.

Piramid jadi panduan

Pengambilan makanan harian mengikut keperluan dan bukannya berasaskan selera. PEMAKANAN yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan anak anda yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, anak-anak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan.