Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk bercuti, kali ini melancong ke Indonesia, dibawah pakej Kembara Indonesia. Kalau dibaca tajuk pakej, macam melawat negara Indonesia tetapi pakej ini hanya menjelajahi Pulau Jawa dan juga ke Pulau Madura. PAKEJ DAN AGEN PELANCONGAN Pakej ini diperkenalkan oleh sahabat saya di mana beliau dan isteri akan ke sama pada tarikh 06 - 14 Januari 2024 selama 9 hari 8 malam. Pada mula rasa berbelah bahagi juga sebab baru setuju dan sahkan untuk melancong ke Vietnam. Setelah teliti pakej yang ditawarkan, saya dan isteri setuju mengikuti pakej tersebut. Pakej ini akan menjelajahi Pulau Jawa bermula daripada Jakarta dan berakhir di Surabaya. Pakej ini dikendali oleh syarikat Tursina Travel dengan harga pakej sebanyak RM3380 seorang. Kami berdua dapat diskaun sebanyak RM55 untuk warga emas. Pakej ini di ketuai oleh Encik Saiful, seorang tour leader yang berpengalaman. Kumpulan kami kali ini seramai 32 orang peserta. TUKARAN MATAWANG Ketika ini...