Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). JDT merupakan pasukan Asia Timur pertama yang berjaya memecahkan monopoli pasukan-pasukan Asia Barat pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sejak AFC diperkenalkan pada tahun 2004. Pertandingan AFC CUP 2015, JDT diletakkan di dalam kumpulan F bersama Kitchee, East Bengal dan Balestier Khalsa. Pasukan JDT melengkapkan aksi terakhir kumpulan F dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin. JDT mencatat sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia mara ke Separuh Akhir AFC Cup buat pertama kali. Di separuh akhir pertama JDT tewas 3-1 kepada Qadsia SC dari Kuwait. Sebelum berlangsungnya separuh akhir kedua Persatuan Bola Sepak Kuwait di gantung FIFA. Dengan penggantungan Kuwait FA, AFC memutuskan JDT layak ...