Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hukum

Apa kata Presiden MURSHID berkaitan isu "I Want Touch A Dog "

PANDANGAN SAYA TERHADAP ISU PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG' 1. Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie etc. Program sebegitu adalah BOLEH dibuat dan wajar diterima. 2. Namun jika program menggunakan tema 'i want touch a dog' dan seolah 'majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas' diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dari kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta PROVOKASI terhadap masyarakat setempat. Walaupun mazhab Maliki mengganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis & tidak haram disentuh, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira. Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkan sentuhan tanpa sebab yang syar'ie. Mazhab Hanbali ...

"I want to touch a dog" - Jangan ambil ringan bab agama.

sumber Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1128. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. Bersabda: " Siapa yang memelihara anjing, selain anjing penjaga perkebunan atau penjaga ternak, maka pahala amal orang itu berkurang setiap harinya satu qirath."  Dalam sebuah riwayat lain: "selain anjing penjaga kambing, perkebunan atau untuk berburu." Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0225 . Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : " Apabila ada anjing minum ke dalam bejanamu, tumpahkanlah isinya, dan sesudah itu cuci bejana itu tujuh kali ." Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1994. Dari Abu Hurairah r.a. .katanya Rasulullah saw. bersabda: " Malaikat tidak mahu menemani orang-orang yang di rumah mereka ada anjing dan loceng ." Dengar ulasan Ustaz Azhar Idrus berkaitan memegang anjing : Pondok Taman Islam, Kemaman, Terengganu 16 Januari 2014 / 14 Rabi'ul Awal 1435 Sikap i...