Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Filem

Magika Gondol Anugerah Filem Terbaik FFM-23

Tiga beradik dari kiri Edry, Norman dan Yusry yang memenangi kategori Filem Terbaik menerusi filem Magika pada Festival Filem Malaysia Ke-23 di Shah Alam, SHAH ALAM 24 Okt.2010 - Filem Magika yang sarat dengan elemen cerita-cerita rakyat menepati ramalan peminat filem tempatan apabila diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini malam ini. Mohd. Shamsul Yusof pula muncul Pengarah Terbaik menerusi filem arahannya, Evolusi KL Drift 2. Magika arahan pertama Edry Abdul Halim menggondol hadiah berupa trofi dan wang tunai RM50,000, manakala Shamsul menerima trofi serta wang tunai RM20,000. Hadiah bagi anugerah utama itu disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sambil diiringi Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Mahyidin Mustakim. Pada majlis itu, kategori Filem Pendek Terbaik dimenangi oleh Project Genex, Filem Animasi Terbaik...