HARI KESEPULUH - 28 OKTOBER 2023 HOTEL GOLD Selepas sarapan di Hotel Gold, kami bertolak ke Sofia, Bulgaria. Diberitahu perjalanan mengambil masa lebih kurang empat jam lebih. Pemandangan dalam perjalanan ke Sofia, Bulgaria. Makan Tengahari Makan Tengahari di Restoran Avrasia, Sofia, Bulgaria. Masjid Banya Bashi Dahulu terdapat 70 masjid di Sofia, tetapi kini hanya Masjid Banya Bashi sahaja yang masih berfungsi. Ia direka pada tahun 1576, oleh arkitek Uthmaniyyah yang paling hebat, Mimar Sinan, yang juga membina Masjid Sultan Selim di Edirne dan Masjid Biru di Istanbul. Masjid yang menarik ini adalah monumen tipikal seni bina Uthmaniyyah yang menambah warna kepada pusat bandar Sofia. Tiada bayaran yang dikenakan untuk memasuki Masjid Banya Bashi serta boleh mengambil gambar di dalam masjid. Kami pun menunai Solat Jamak Zohor-Asar di Masjid Banya Bashi. SOFIA Dikenali sebagai Serdica pada zaman dahulu dan Sredets pada Zaman Pertengahan, Sofia telah menjadi kawas...