Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bolasepak

JDT Juara Liga Super 2017

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)  muncul juara Liga Super buat kali keempat berturut-turut walaupun tewas 1-2 kepada Selangor pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu 05 Ogos 2017. Untuk rekod, JDT muncul juara Liga Super sejak 2014.

FAIZ SUBRI - Pemenang FIFA PUSKAS AWARD 2016

Sentuhan magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, terus mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada 9 Januari 2017. Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus). Jaringan menakjubkan yang membawa kepada kemenangan itu, dilakukan Faiz Subri ketika mengambil sepakan percuma untuk membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari 2016, tahun lepas. Tahniah Faiz, Malaysia bangga kerana mu.

JDT JUARA PIALA FA 2016

SYABAS DAN TAHNIAH DARIPADA SAYA 14 Mei 2016. JOHOR Darul Takzim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk membenam PKNS FC 2-1 pada perlawanan akhir Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam. Kemenangan itu sekali gus menyaksikan JDT pulang selaku juara. Dalam perlawanan itu, Safiq Rahim menjaringkan gol penyamaan JDT pada minit ke-16 selepas ketinggalan seawal m-6 menerusi sepakan penalti Gabriel Guerra m-6. Jorge Pereyra Diaz muncul wira Harimau Selatan apabila meledak gol kedua dan gol kemenangan JDT pada minit ke-35.  Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

JDT Juara Piala AFC 2015

Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). JDT merupakan pasukan Asia Timur pertama yang berjaya memecahkan monopoli pasukan-pasukan Asia Barat pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sejak AFC diperkenalkan pada tahun 2004. Pertandingan AFC CUP 2015, JDT diletakkan di dalam kumpulan F bersama Kitchee, East Bengal dan Balestier Khalsa. Pasukan JDT melengkapkan aksi terakhir kumpulan F dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin. JDT mencatat sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia mara ke Separuh Akhir AFC Cup buat pertama kali. Di separuh akhir pertama JDT tewas 3-1 kepada Qadsia SC dari Kuwait. Sebelum berlangsungnya separuh akhir kedua Persatuan Bola Sepak Kuwait di gantung FIFA. Dengan penggantungan Kuwait FA, AFC memutuskan JDT layak ...

SPAIN JUARA EURO 2012

Sepanyol (Spain) telah menempah sejarah dan mengukir nama pada Piala Henri Delaunay untuk kali ketiga dengan kemenangan 4-0 ke atas Itali dalam perlawanan akhir EURO 2012 di Kyiv. Sepanyol menyertai Jerman (1971 dan 1980 sebagai Jerman Barat, 1996) sebagai negara yang telah menang tiga kali Piala Eropah. Senarai Perlawanan Akhir Piala Eropah TARIKH PERLAWANAN TEMPAT 01/07/2012  Spain 4-0 Italy Kyiv 29/06/2008  Spain 1-0 Germany Vienna 04/07/2004  Greece 1-0 Portugal Lisbon 02/07/2000  France 2-1 Italy (MT) Rotterdam 30/06/1996  Germany 2-1 Czech Republic (MT) London 26/06/1992  Denmark 2-0 Germany Gothenburg 25/06/1988  Netherlands 2-0 USSR Munich 27/06/1984  France 2-0 Spain Paris 22/06/1980  West Germany 2-1 Belgium Rome 20/06/1976  Czechoslovakia 2-2 West Germany (MT, 5-3 pens) Belgrade 18/06/1972  West Germany 3-0 USSR Brussels 08/06/1968  Italy 1-1 Yugoslavia (MT) Rome 10/...

EURO 2012 : Jerman - Pasukan pilihanku.

Pasukan Jerman telah membuktikan dalam perlawanan kelayakan dengan memenangi kesemua 10 perlawanan.

Manchester City MENANG BESAR..

23 Oktober 2011 : OLD TRAFFORD - David Silva pemain Manchester City mengawal bola dari dirampas Rio Ferdinand (tengah) dan Wayne Rooney (kanan) pemain Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam. Manchester City menang 6-1 mengalahkan Manchester United hasil jaringan daripada Mario Balotelli (22, 60), Sergio Auero (69), Edin Dzeko (89, 90) dan Davil Silva (90) manakala gol Manchester United dijaringkan oleh Darren Fletcher (81). Manchester United terpaksa beraksi 10 orang bermula minit ke-48 kerana Jonathan Evans mengasari Mario Baletolli dan menerima kad merah diperintah keluar padang oleh pengadil.

Malaysia Tersingkir Dari Kempen Kelayakan Piala Dunia 2014

28 Julai 2011. Malaysia tersingkir dari saingan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia selepas seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan timbal balik pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI 2010 - Satu sejarah

JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2. Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu. Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009. Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi. Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya. Ia bermula apabila Indonesia memperoleh...