Muhammad Hadi Darus (berkerusi roda) dijulang oleh kawan-kawannya selepas menerima keputusan cemerlang PMR di Pendang PENDANG 22 Dis. 2011 - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tiang di sini membuktikan kecacatan bukanlah penghalang untuk mencapai keputusan cemerlang apabila meraih sembilan A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini. Muhammad Hadi Darus, 15, yang menulis dengan menggunakan kaki kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua belah tangan sejak kecil berjaya mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup. Dia yang merupakan anak kedua daripada lima beradik berkata, ejekan yang diterima pada waktu kecil menjadikan dia lebih bersemangat untuk mengejar kejayaan dalam pelajaran. “Masa kecil dulu ada yang ejek saya sebab cacat tetapi ejekan mereka menjadi pembakar semangat saya untuk berjaya. “Seka...