Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Artis

Hikayat suka duka P. Ramlee

Menyebut sahaja nama allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sudah terbayang di minda tentang seorang individu yang cukup istimewa dan begitu dekat di hati masyarakat. Merupakan satu-satunya insan seni di negara ini yang bergelar seniman agung, segala hasil karyanya melalui filem dan muzik tidak pernah ditelan zaman. Umum pastinya mengetahui bahawa P. Ramlee dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi, pelawak, komposer, penulis skrip dan pengarah filem yang serba boleh. Apa yang lebih mengagumkan, sepanjang hayatnya bergelar insan seni, anak kelahiran Pulau Pinang ini telah terbabit dengan 66 buah filem serta menghasilkan sebanyak 360 buah lagu. Biarpun sudah 37 tahun P. Ramlee pergi meninggalkan warisan yang tidak ternilai, namun namanya masih tetap terpahat di hati dan sanubari setiap masyarakat. Pencapaian beliau melalui bidang seni telah menjadikan beliau sebagai idola serta sumber inspirasi kepada penggiat seni tanah air pada hari ini.