Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Arafah

Wukuf 15 November 2010

MEKAH 7 Nov.2010- Mahkamah Agung di Riyadh, Arab Saudi mengumumkan bahawa hari wukuf ialah pada 15 Nov bersamaan 9 Zulhijjah dan hari Raya Aidiladha bagi negara itu adalah pada keesokan harinya. Menurut Saudi Press Agency, yang dilaporkan oleh akhbar Saudi Gazette, 1 Zulhijjah ialah pada hari ini, 7 November.  Lebih 1.5 juta umat Islam dari seluruh dunia kini berhimpun di tanah suci Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji, yang merupakan perhimpunan tahunan agama yang terbesar di dunia, menurut agensi itu.   Sumber - Utusan Malaysia/Bernama  

Monorel Mina-Arafah Diguna Buat Pertama Kali Pada Musim Haji Ini

MEKAH, 20 Okt 2010-- Sistem monorel yang baru siap dibina akan digunakan buat pertama kali pada musim haji tahun ini bagi mengangkut jemaah untuk perjalanan antara Arafah dan Mina. Wartawan Malaysia yang dipimpin oleh pengurus pasukan media Tabung Haji (TH) Malaysia, Ahmad Fadzil Ghazali berpeluang melihat sistem itu dilaksanakan secara percubaan Rabu. Bagaimanapun, difahamkan pada peringkat permulaan sistem pengangkutan itu akan hanya dibuka kepada jemaah haji tempatan. Sistem itu penting bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang sering berlaku pada setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf di sana - satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap anggota jemaah. Wukuf kali ini ialah pada 15 November, bersamaan 9 Zulhijjah. Jemaah haji dari Mekah akan bertolak ke Arafah dengan berpakaian ihram pada 8 Zulhijjah dan bermalam di sana. Di Arafah, jemaah ditempatkan mengikut benua dan kemudian negara. Khem...