Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Aidiladha

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. " Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini " ( Riwayat Al-Bukhari ). Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :- a) Zikir b) Berpuasa c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. e) Bertakbir f)  Berkorban Rujuk : Zulhijjah dan IdilAdha : Beberapa Isu dan Hukum

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILADHA PPPBCJ 2012

Majlis ini telah diadakan ekoran sumbangan lembu daripada Encik David Teo, Pengarah Urusan MIG kepada Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya. Sembelihan lembu ini telah dilakukan oleh Tuan Imam, Hj Kamaruddin pada petang Jumaat 26 Oktober 2012. Kerja-kerja melapah dan memotong daging dan bahagian-bahagian lembu yang lain dibuat secara gotong-royong oleh penduduk Taman Cheras Jaya.     Majlis Ramah Mesra pula diadakan pada hari Ahad 28 Oktober 2012 dengan jamuan masakan Tuan Hj Aminuddin dan dibantu oleh ahli-ahli PPPBCJ dan penduduk taman. Majlis ini bermula jam 12.30 tengahari dan berakhir jam 2.30 petang. 

AIDIL ADHA 1433H

    Firman Allah SWT dalam surah Ali‘Imran ayat 92 ; “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan (mendermakan) sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu nafkah, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya ”. Tahun ini beraya di Taman Cheras Jaya.

Majlis Qurban dan Aqiqah MTCJ 1432H

16 Nov. 2011 - Tahun ini merupakan kali kedua aku serta keluarga tidak pulang berhari raya di kampung. Selepas solat sunat aidiladha, aku berkesempatan hadir pada majlis qurban dan aqiqah, Masjid Taman Cheras Jaya. Sebanyak 10 ekor lembu telah disembelih iaitu 9 ekor lembu qurban dan seekor untuk jamuan bagi petugas dan orang ramai yang berkunjung ke masjid yang disumbangkan oleh JAIS. Klip Video

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidil Adha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.   Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan k...