HARI KETIGA (06-11-2025) Iternanri Hari Ketiga - Perjalanan ke Hallstatt (1.5jam). - Lawatan ke Hallstat village dan menikmati pemandangan tasik. - Lawatan Salzburg Old Town (Mozartplatz). - Bermalam di Piding / Salzburg /berdekatan. 1. SARAPAN DI BEST WESTERN HOTEL,WALSERBERG Sebelum memulakan aktiviti, kami bersarapan dahulu di hotel. Makan mana yang boleh dimakan sekadar alas perut. 2. PERJALANAN KE HALLSTATT Perjalanan dari Salzburg ke Hallstatt mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kami dihidangkan dengan permandangan yang cantik, nyaman dan tenang. Permandangan dalam perjalanan ke Hallstatt. 3. HALLSTATT, AUSTRIA Hallstatt ialah sebuah kampung paling cantik dan ikonik di Austria, ia terletak di tepi Lake Hallstatt dengan latar pergunungan Alps. Selalu digelar fairytale village di tepi tasik dan salah satu destinasi paling fotogenik di Alpen. Hallstatt bermaksud "tempat garam", yang merupakan gabungan bahasa Jerman, dan perkataan "Hall iaitu...