HARI 3 - 30 September 2024
SHUHE OLD TOWN
Hari ini dimulakan dengan melawat satu lagi bandar lama di Lijiang iaitu Shuhe Old Town. Shuhe Old Town terletak di luar kawasan bandar Lijiang. Ia terletak kira-kira lima kilometer ke barat laut dari Lijiang Old Town dan merupakan Laluan Teh zaman lalu.
Shuhe dibina di sepanjang lereng gunung dan menghadap sungai. Terdapat dua sungai di setiap sisinya yang melalui seluruh kawasan kampung. Tali air digali supaya air dapat mengalir melalui ke setiap rumah. Sungai, saluran dan jalan raya telah membentuk jaringan dan perhubungan bandar dalam struktur yang padat seperti sarang lebah.
Rumah di sini lebih semula jadi di mana penduduk tempatan menggunakan batu dari pergunungan berhampiran untuk membuat dinding rumah mereka. Di tengah-tengah Shuhe, terdapat sebuah pasar persegi, yang dipanggil Medan Pasar Shuhe.
Shuhe terletak di bekas daerah komersial yang terkenal dengan tukang kulit dan bulu binatang. Dikenali secara tempatan sebagai kampung Longquan dan merupakan sebuah perkampungan padat yang tersembunyi di dalam hutan. Shuhe dianggap sebagai tempat kelahiran keluarga Mu yang terkenal dari kumpulan etnik minoriti Naxi.
MAKAN TENGAHARI
Makan tengahari di Restoran Xing Xing. Lauknya tidak lari dari daging Yak. Masakan kebanyakan bergoreng. Yang penting tekak masih berselera.
Selepas makan tengahari, kami dibawa untuk melihat persembahan oleh masyarakat Lijiang.
TABUNG OKSIGEN
Ketinggian tertinggi Jade Dragon Snow Mountain ialah 5596 meter, dan ketinggian tertinggi Jade Dragon Snow Mountain Glacier Park ialah 4680 meter, yang juga merupakan ketinggian tertinggi yang boleh dicapai oleh semua orang di Kawasan Pemandangan Gunung Salji Jade Dragon.
Secara amnya, titik akhir ropeway adalah 4506 meter di atas paras laut, dan ketinggian pendakian boleh mencapai 4680 meter selepas turun dari ropeway, dan ketinggian pendakian ialah 174 meter. Bergantung pada fizikal individu, akan terdapat pelbagai peringkat penyakit ketinggian.
Secara umumnya secara perlahan, kebanyakan orang masih tidak mempunyai masalah. Sama ada anda perlu membeli silinder oksigen bergantung pada keadaan sebenar anda. Walau bagaimanapun, adalah disyorkan untuk menyediakan tangki oksigen untuk mendaki gunung untuk berjaga-jaga.
Secara amnya, silinder oksigen boleh bertahan 30 minit hingga 45 minit. Harganya kira-kira 40 yuan.
Dalam pakej kami, pihak agen telah menyedia satu balang Oksigen setiap seorang sebagai langkah berjaga-jaga. Mereka mengesyor kepada kami untuk mengguna dan menyedut oksigen setiap 10 minit. Penggunaan alat amat berguna bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan.
LIJIANG IMPRESSION SHOW
Lijiang Impression Show ialah persembahan nyanyian dan tarian yang menunjukkan tradisi dan gaya hidup masyarakat etnik tempatan. Persembahan ini adalah satu ciptaan pengarah terkenal China Zhang Yimou.
Persembahan mengambil masa lebih kurang satu jam. Semasa persembahan, hujan halus berkabus turun tetapi sekejap aje. Kebiasan masa ini, Yunnan musim hujan sekejap-kejap tetapi tidak selebat macam di Malaysia.
SPRUCE MEADOW
Selepas melihat persembahan Lijiang Impression Show, kami dibawa ke stesen cable car untuk naik ke atas ke Spruce Meadow.
Naik cable car ke Spruce Meadow. Perjalanan mengambil masa 5 minit untuk sampai ke atas.
Sampai di platfom, kami diberi peluang untuk melihat keindahan dan mengambil foto untuk kenangan.
Kemudian kami pergi ke stesen buggy, untuk menaiki buggy pergi Spruce Meadow.
Padang Rumput Spruce / Spruce Meadow of Jade Dragon Snow Mountain. Ia adalah tanah ragut semula jadi di pergunungan tinggi dan meluas sehingga ke pinggir hutan.
Pada musim panas, rumputnya berwarna hijau, akan bertukar menjadi kuning pada musim luruh manakala menjadi putih pada musim sejuk. Perubahan warna pada setiap musim membuatkan kita boleh menikmati sepenuhnya keindahan alam semula jadi.
BLUE MOON LAKE
Tasik Blue Moon dikelilingi oleh pergunungan nila dan hutan zamrud, bersinar di bawah cahaya matahari yang terang. Kelipan tasik seperti jasper dengan cahaya nilam membuatkan orang ramai berasa seperti berada di alam dongeng atau dalam mimpi. Jika anda cukup bernasib baik untuk melihat matahari keemasan yang menakjubkan bersinar di puncak Gunung Jade Dragon Snow, anda akan tahu bagaimana pemandangan yang menakjubkan itu dalam puisi terkenal "Pada waktu matahari terbit bunga tepi sungai mekar lebih merah daripada api, dalam musim bunga hijau ombak sungai tumbuh sebiru nilam”
Blue Moon Valley merupakan sebuah lembah di mana terdapat sungai yang sangat biru yang berliku-liku melalui lembah yang subur di Gunung Jade Dragon Snow Mountain antara Ganhaizi dan Spruce Meadow.
Ia terdiri daripada empat tasik biru besar dan berpuluh-puluh air terjun putih kecil. Pemandangan yang luar biasa di Blue Moon Valley menjadikan tempat ini tempat yang sesuai untuk menjamu mata.
MAKAN MALAM
Makan malam Restoran Yaqi Islamic Garden. Menu Hot Pot.
Singgah di kedai menjual buah-buahan selepas makan malam. Kedai dekat dengan hotel penginapan kami. Durian dari Malaysia ada dijual di sini.
Tamat aktiviti hari ketiga.
KLIP VIDEO
i. Lawatan ke SHUHE OLD TOWN
ii. Lawatan ke LIJIANG IMPRESION SHOW
ITERNARI
Berikut adalah jadual perjalanan kami di Yunnan. Sila klik tarikh/hari berkenaan untuk maklumat lanjut.
- DAY 1 - KUALA LUMPUR - KUNMING
- DAY 2 - KUNMING - LIJIANG
- DAY 3 - LIJIANG
- DAY 4 - LIJIANG - SHANGRI-LA
- DAY 5 - SHANGRI-LA - DALI
- DAY 6 - DALI - KUNMING
- DAY 7 - KUNMING - KUALA LUMPUR
LINK
Comments