HARI 1 - 28 September 2024
KLIA
Kami diminta berkumpul di KLIA 4 jam sebelum masa penerbangan.
Saya dan isteri bergerak dari kediaman selepas solat Asar. Kira-kira jam 5.45pm, kami tiba di KLIA dan berjumpa dengan wakil agen untuk pengesahan kehadiran kami.
Selepas check-in beg, kami ke surau. Selepas solat jamak Maghrib & Isyak, kami bergerak ke pemeriksaan imigresen dan kastam.
Kami akan menaiki Batik Air ke Kunming. Flight kami sepatutnya jam 10.10 malam telah tertunda 1 jam. Betullah komen-komen di media sosial berhubung perkhidmatan Syarikat Batik Air ini.
AIRPORT KUNMING
Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshui terletak berhampiran Kampung Changshui, Daerah Guandu di timur laut bandar Kunming dan kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Kunming.
Kami selamat sampai ke Airport Kunming jam 3.35 pagi.
Kami disambut oleh pemandu pelancong tempatan, Encik Ching Ching.
Kemudian kami dibawa menaiki bas untuk pergi ke hotel penginapan.
HOTEL HUISHANG KUNMING
Kami tiba di hotel jam 4.15 pagi.
Menginap dan rehat 2 jam je di hotel Huishang, Kunming. Jam 6.30 pagi, kami terpaksa kena check out, nak meneruskan perjalanan dengan kereta api ke Lijiang. Kami duduk rehat aje kerana khuatir tertidur.
Tamat aktiviti hari pertama.
KLIP VIDEO
Kilp Video : Perjalanan dari KLIA - KUNMING - LIJIANG
ITERNARI
Berikut adalah jadual perjalanan kami di Yunnan. Sila klik tarikh/hari berkenaan untuk maklumat lanjut.
- DAY 1 - KUALA LUMPUR - KUNMING
- DAY 2 - KUNMING - LIJIANG
- DAY 3 - LIJIANG
- DAY 4 - LIJIANG - SHANGRI-LA
- DAY 5 - SHANGRI-LA - DALI
- DAY 6 - DALI - KUNMING
- DAY 7 - KUNMING - KUALA LUMPUR
LINK
[Home] [MyTrip] [Pakej Yunnan China 2024]
Comments