Skip to main content

YUNNAN : SYURGA TERSEMBUNYI CHINA 2024 - Day 2

HARI 2 - 29 September 2024

STESEN KERETA  API KUNMING

Seawal 6.30 pagi, kami check out dari hotel. Selepas check-out hotel, kami di bawa ke stesen kereta api Kunming untuk menaiki kereta api pergi ke Lijiang.

Stesen Kereta Api Kunming ialah hab pengangkutan utama yang terletak di ibu kota Wilayah Yunnan di barat daya China. Ia berfungsi sebagai pintu masuk pengangkutan penting untuk wilayah itu dan hab untuk kereta api menuju ke Sichuan, Guangxi dan Wilayah Guangdong.

Stesen Kereta Api Kunming terletak di Jalan Beijing di Daerah Guandu di Bandar Kunming. Stesen ini mudah diakses di mana penumpang boleh sampai ke stesen ini melalui laluan metro, bas dan perkhidmatan teksi.

Perjalanan ke Stesen Kereta Api Lijiang dijangka akan mengambil masa 4 jam.

STESEN KERETA API LIJIANG

Setelah perjalanan selama 4 jam, kami tiba di Stesen Keretapi Lijiang pada jam 12.20pm.

Stesen Kereta Api Lijiang, yang menggunakan nama Cina, Lìjiāng Zhàn, terletak di Daerah Autonomi Yulong Naxi, Lijiang, dalam wilayah Yunnan. Ia menduduki kedudukan yang strategik sebagai perhentian utara Kereta Api Dali–Lijiang (bersambung lagi ke Kunming) dan perhentian selatan Kereta Api Lijiang–Shangri-La.

Stesen ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 2011. Stesen Kereta Api Lijiang menyediakan pengangkutan yang cekap dan mempromosikan pelancongan dengan kemudahan moden bagi meningkatkan ketersambungan bandar, terkenal dengan Lijiang Old Town yang merupakan tapak warisan Dunia UNESCO.

LIJIANG

Lijiang, sebuah bandar di bahagian barat laut wilayah Yunnan China, adalah penempatan kepada etnik Naxi dan beberapa kumpulan etnik minoriti lain. Tarikan Lijiang didominasi oleh pemandangan mengagumkan tempat seperti Tiger Leaping Gorge dan Jade Dragon Snow Mountain serta bandar purba Lijiang itu sendiri adalah tingkap ke masa lalu Negara China.

Lijiang pernah mengalami gempa bumi pada tahun 1996,  bangunan di sini dibina tidak tinggi, ketinggian  sekitar 4- 6 tingkat sahaja. Sumber ekonomi utama adalah pelancongan. Semasa musim covid, bandar ini antara bandar yang paling kurang terkena kesan.

Di Lijiang terdapat beberapa tempat tumpuan dan menjadi tarikan pelancong. Mengikut pakej kami, kami akan pergi melawat tempat-tempat berikut:

  1. Old Town of Lijiang
  2. Jade Dragon Snow Mountain
  3. Impression Lijiang
  4. Tiger Leaping Gorge
  5. Shuhe Ancient Town

Ada lagi tempat menarik lain tetapi pakej kami tidak buat lawatan seperti berikut :

  1. The Three Parallel Rivers of Yunnan Protected Area
  2. Baisha Village
  3. Lugu Lake
  4. First Bend of the Yangtze River
  5. The Mufu (The Mu Clan's Mansion)

RESTORAN XING XING

Selepas tiba di Lijiang, kami dibawa makan tengahari di restoran halal Xing Xing.

Terkejut bila hidangan lauk yang begitu banyak sekali. Yang penting makanan yang disediakan masih memenuhi tekak kami. Ini kali pertama kami makan daging Yak.

YAK

Yak juga dikenali sebagai lembu Tartary, lembu mendengus, atau lembu berbulu ialah spesies lembu peliharaan berbulu panjang yang terdapat di seluruh wilayah Himalaya Gilgit-Baltistan (Kashmir, Pakistan) , Nepal, Sikkim (India), Dataran Tinggi Tibet (China), Tajikistan dan sejauh utara Mongolia dan Siberia.

Selepas makan tengahari, kami mengambil peluang untuk bergambar di hadapan restoran tersebut. Selepas makan tengahari, kami di bawa ke Hotel Jixiang Yuan, Lijiang untuk check-in, berehat serta solat.

LIJIANG OLD TOWN

Sebelah petang, kami dibawa melawat Bandar Lama Lijiang.

Bandar Tua Lijiang juga dikenali sebagai Bandar Tua Dayan, ialah sebuah bandar purba yang terpelihara dengan baik untuk kumpulan etnik Naxi. Ia adalah salah satu daripada empat bandar purba terpelihara terbaik di China.

Bandar Lama ini mempunyai sejarah lebih daripada 1,000 tahun. Bandar Lama Lijiang juga dikenali sebagai Bandar Lama Dayan, merupakan bekas bandar perdagangan dan persinggahan pedagang yang membawa barangan di Tea Horse Road yang bersejarah. Ia telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997. Bandar Lama Dayan juga terkenal dengan sistem laluan air dan jambatannya yang teratur.

Budaya Lijiang menggabungkan budaya tradisional Nakhi dan unsur-unsur tidak selaras yang dipelajari daripada pedagang Cina Han dinasti Ming yang menetap di rantau ini berabad-abad yang lalu.

Seni bina Bandar Lama Lijiang adalah luar biasa kerana gabungan pelbagai gaya etnik, dengan elemen seni bina Naxi menjadi yang paling menonjol. Orang Naxi telah mengekalkan gaya perumahan kayu dan bata lumpur yang mereka pelajari daripada pedagang Nanjing. Tukang kayu tempatan masih membina bingkai rumah kayu yang dibina dengan rumit dari ingatan tanpa rujukan atau gambar rajah lain. Rumah-rumah ini sering dipertingkatkan dengan ukiran bunga dan burung yang terperinci di tingkap.

Kini, Pekan Lama Lijiang telah dikomersialkan dan berjuta-juta pelancong melawat setiap tahun, tetapi, walaupun berbeza, perwatakannya kini lebih menarik  dan ia menjadi magnet bagi pengunjung.

MASJID LIJIANG

Masjid Lijiang atau Masjid Bandar Tua Lijiang ialah salah satu tarikan pelancong dan aktiviti utama untuk ke sini apabila melancong ke Lijiang. Masjid Lijiang terletak di No. 20, Yuyuan Road, Lijiang Ancient Town. Pengunjung boleh menemuinya dengan mudah sambil menerokai jalan-jalan bersejarah di bandar purba itu.

Masjid Besar Lijiang mempunyai sejarah yang panjang. Masjid Lijiang, yang dibina pada zaman Dinasti Qing Qianlong (1736-1795), adalah salah satu struktur Islam yang penting di Wilayah Yunnan. Penubuhannya mencerminkan kepentingan sejarah Lijiang sebagai pusat perdagangan dan pertukaran budaya.

Selepas kemusnahan dalam Dinasti Qing (1636-1912), masjid itu telah dibina semula pada tahun 1985 oleh kerajaan tempatan dan pembesarannya dilaksanakan pada tahun 1990 dan 2008. Kini masjid ini meliputi 600 meter persegi.

Gaya seni bina Masjid Bandar Purba Lijiang menggabungkan ciri-ciri tradisional Cina dan Islam. Masjid ini termasuk dewan solat, menara, dan dewan kuliah, dihiasi dengan ukiran kayu dan batu tradisional Cina, serta unsur seni Islam. 

Hari ini, Masjid Bandar Purba Lijiang kekal sebagai tapak keagamaan yang penting bagi masyarakat Islam tempatan, malah menjadi pusat penyebaran agama Islam. Ia berfungsi sebagai tempat ibadat bagi penganut Islam dan tarikan pelancong, menarik pengunjung yang berminat dengan budaya dan seni bina Islam.

Mengikut jadual pakej kami, kami akan melawat dan solat di masjid berdekat Bandar Lama Lijiang. Banyak alasa yang diberi, bas tidak boleh berhenti dan menyusahkan, tour guide kami tidak membawa kami melawat masjid berkenaan. Sungguh terkilan jugalah kerana antara sebab menyertai pakej ini, ingin melawat masjid yang ada di sini.

RESTORAN YAQI ISLAMIC GARDEN

Setelah melawat Bandar Lama Lijiang, kami dibawa untuk makan malam di Yaqi Islamic Garden Restaurant.

Setelah makan makan malam, kami dibawa pulang ke hotel untuk penginapan.

HOTEL JIXIANG YUAN, LIJIANG

Malam ini kami menginap di Hotel Jixiang Yuan, Lijiang untuk dua malam.

Tamat aktiviti hari ke dua.

KLIP VIDEO


Kilp Video : Lawatan ke LIJIANG OLD TOWN

ITERNARI

Berikut adalah jadual perjalanan kami di Yunnan. Sila klik tarikh/hari berkenaan untuk maklumat lanjut.

  • DAY 1 - KUALA LUMPUR - KUNMING
  • DAY 2 - KUNMING - LIJIANG
  • DAY 3 - LIJIANG
  • DAY 4 - LIJIANG - SHANGRI-LA
  • DAY 5 - SHANGRI-LA - DALI
  • DAY 6 - DALI - KUNMING
  • DAY 7 - KUNMING - KUALA LUMPUR

LINK

[Home] [MyTrip] [Pakej Yunnan China 2024]

Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini terda

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Larkin

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara