Skip to main content

YUNNAN : SYURGA TERSEMBUNYI CHINA 2024

Selamat datang ke Yunnan, sebuah wilayah dengan keindahan semula jadi yang menakjubkan dan kepelbagaian yang luar biasa di barat daya China. Daripada pergunungan yang megah dan budaya etnik yang meriah hingga ke bandar purba dan landskap yang cantik, Yunnan merupakan khazanah pengalaman yang menunggu untuk ditemui.

Yunnan dianggap sebagai "Colored Clouds in the South", sentiasa bersedia untuk mengalu-alukan pelancong di seluruh dunia dengan khazanah pelancongan yang tidak berkesudahan.

MASA TERBAIK MELAWAT YUNNAN

Berbanding dengan kebanyakan tempat di China, Yunnan lebih panas pada musim sejuk dan lebih sejuk pada musim panas. Secara umumnya, Oktober hingga April adalah masa terbaik untuk melancong ke Yunnan. Walau bagaimanapun, masa terbaik untuk kita melawat Yunnan bergantung pada minat kita dan pengalaman yang kita harapkan.

Mengikut masa terbaik untuk melawat Yunnan adalah pada musim bunga dan musim luruh kerana ketika itu cuaca adalah baik. Pada Musim Bunga (Mac hingga Mei), kita boleh menikmati cuaca yang menyenangkan, terutamanya jika kita lebih suka suhu yang lebih sederhana dan menikmati menyaksikan keindahan semula jadi di rantau ini yang sedang mekar. Suhu siang hari biasanya berkisar antara 15 hingga 25°C (59–77°F).

Semasa bulan-bulan musim luruh, dari September hingga November, kita boleh menjangkakan cuaca yang menyenangkan dan selesa dengan langit yang cerah. Ia juga merupakan musim terbaik untuk aktiviti luar. Suhu siang hari, hampir sama dengan suhu pada musim bunga.

Bandar di utara dan di tengah, seperti Dali, Kunming dan Lijiang, menerima lebih sedikit hujan berbanding bandar di selatan. Kawasan tanah rendah, seperti Kunming, Dali dan Xishuangbanna, mempunyai suhu siang hari yang menyenangkan, biasanya antara 10–20°C (50–68°F).

PAKEJ DAN AGEN PELANCONGAN

Pakej ini diperkenalkan oleh Pn Hajah Shamsiah yang pernah membawa kami melawat negara-negara Balkan dan Itali. Pakej ini dibawah syarikat Via Vacation Travel & Tour. Pakej ini berharga RM 4790 seorang selama 8 hari 6 malam bermula pada 28 September 2024 hingga 05 Oktober 2024.

4 BANDAR UTAMA DI YUNNAN

Dalam pakej ini, kami akan menjelajah ke 4 bandar utama iaitu :

  1. Kunming
  2. Lijiang
  3. Shangri-La
  4. Dali

TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK

Banyak tempat menarik di Yunnan antaranya yang akan kami lawati :

1. Kota Dali
2. Danau Erhai
3. Pagoda
4. Kota Tua Lijiang
5. Kota Shangri-La
6. Lurah Lompatan Harimau
7. Hutan Batu
8. Kota Kunming

Diharap kami dapat menerokai tempat-tempat tersebut di atas.

TUKARAN WANG

Tukaran wang ketika ini, 1 September 2024 seperti berikut :

1 MYR = 1.6417 CNY

1 CNY = 0.6091 MYR

PASPOT DAN VISA

Pastikan tempoh sah laku paspot masih sah iaitu tempoh sah tamat masih mempunyai 6 bulan lagi. Buat masa ini kerajaan China memberi Visa percuma untuk pelawat memasuki negara mereka sehingga November 2025.

FLIGHT

Pakej kami menggunakan perkhidmatan Batik Air. Sebelum hari penerbangan, kami dimaklum terdapat runggutan daripada agen pelancongan dan peserta yang mengguna perkhidmatan Batik Air. Pengurusan mereka adalah tidak memuaskan. Kami sentiasa berdoa agar tidak berlaku kepada kami dan semoga perjalanan kami dipermudah Allah, selamat pergi dan selamat pulang.

Jadual penerbangan kami seperti berikut :

  • Pergi    : OD 670 28 Sep KUL  - KMG 2210  0155
  • Pulang : OD 671 05 Okt KMG - KUL  0235  0635

ITERNARI

Berikut adalah jadual perjalanan kami di Yunnan. Sila klik tarikh/hari berkenaan untuk maklumat lanjut.

KEPERLUAN ASAS

Adapter

Berikut adalah jenis plug yang digunakan di negara China :

  1. Plug jenis A ialah plug yang mempunyai dua pin selari rata
  2. Plug jenis C ialah plug yang mempunyai dua pin bulat; dan
  3. Plug jenis I ialah plug yang mempunyai tiga pin rata dalam corak segi tiga.

Pakaian

Sila bawa pakaian yang sesuai mengikut musim. Digalakkan membawa baju hujun dan payung ketika musim luruh. Cuaca ketika musim luruh sering berlaku hujan walau pun tidak lebat.

Power Bank

Pastikan kita hanya membawa power bank berkapsiti kurang daripada 20,000 mAh. Di China, power bank berkapsiti lebih daripada 20,000 mAh akan dirampas semasa pemeriksaan di airport atau di stesen kereta api mereka.

RUMUSAN

Pada keseluruhan pakej ini menarik dan memuaskan. Kebanyakan aktiviti melihat kota lama dan kurang membeli-belah serta banyak juga berjalan kaki. Pakej ini bertembung dengan National Day negara China, beberapa tempat agak sesak dengan pelancongan tempatan, di jalan-jalan raya banyak kenderaan yang menyebabkan kesesakan dan boleh mengganggu masa aktiviti kami. Semak dulu pakej yang ingin diambil, jangan bertembung cuti panjang di China.

LINK

[Home] [MyTrip] [Pakej Yunnan China 2024]

Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini terda

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Larkin

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara