BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI
Soalan 37 :
Oleh kerana tiada orang lain, Abu menemani kakak iparnya sebagai mahram untuk haji.
Jawapan 37 :
Haram bagi Abu untuk menmani kakak iparnya kerana dia bukan mahram kepada wanita itu.
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
Soalan 36 :
Biasanya wanita pergi haji dengan suami. Kalau tiada suami, macam mana?
Jawapan 36 :
Memang mejadi syarat untuk wanita yang bernusafir agar ada bersamanya suami atau mahramnya. Kalau tidak ada suami atau mahram seperti bapa kandung, abang kandung dan seumpamanya, Nabi SAW bersabda :
Maksudnya :
"Tidak bermusafir seorang wanita melainkan ada bersamanya mahram" (Riwayat al-Bukhari hadis no. 1763)
Jika tiada golongan mahram ini maka tiadalah wajib haji ke atasnya.
Mengikut pendapat Imam Syafi'i : Disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah (dipercayai) atau sekurang-kurangnya dua orang perempuan yang boleh dipercayai bersama-sama yang terkenal warak dan teguh pegangan agamanya.
Jadi, bolehlah wanita yang tiada suami atau mahram yang menemani untuk pergi haji bersama dengan rombongan wanita. Sebabnya wanita yang ramai ini dapat menjaga keselamatnya dan membantu antara satu sama lain semasa dalam pemergian haji.
Alhamdulillah sekarang ini pihak pengurusan haji dapat mempermudahkan semua urusan ini supaya keselamatan pun lebih terjamin.
Soalan 37 :
Oleh kerana tiada orang lain, Abu menemani kakak iparnya sebagai mahram untuk haji.
Jawapan 37 :
Haram bagi Abu untuk menmani kakak iparnya kerana dia bukan mahram kepada wanita itu.
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments