BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI
Sebenarnya wanita yang dalam idah tidak dibenarkan ke luar berjalan jauh lebih-lebih lagi musafir. Firma Allah:
Maksudnya :
"Janganlah kamu mengeluarkan mereka (wanita dalam idah) dari rumah mereka dan janganlah mereka keluar". (Surah al-Talaq 65:1)
Jadi tidak sewajarnya wanita kematian suami dan masih dalam idah pergi haji. Biasanya pihak Tabung Haji ada prosedur untuk kes begini.
Idah pula wajib selepas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.
Begitu juga wanita yang dalam idah kerana bercerai hidup seperti suami emenceraikannya. Lain cerita kalau suami meninggal dunia di Makkah.
Soalan 39 :
Seorang lelaki tidak membenarkan isterinya untuk pergi haji. Sedangkan dia sudah memiliki kemampuan dari sudut kewangan dan akan ditemani oleh kakak bersama suami kakaknya.
Jawapan :
Wanita ini wajib melaksanakan hajinya kerana ia merupakan kewajipan yang wajib dilaksanakan apabila cukup syaratnya. Tambahan pula ia adalah berkaitan dengan hak Allah dan hak Allah adalah lebih utama untuk didahulukan.
Suami pula haram melarang isteri daripada melaksanakan haji tanpa alasan yang kukuh.
Walau bagaimanapun, seeloknya sumi isteri dituntut agar pergi bersama. Masalah mahram yang tepat untuk isteri selesai. Hak suami isteri pun tidak terabai.
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW: "Wahai Rasul Allah!. Sesungguhnya aku ingin keluar dalam tentera demikian-demikian, manakala isteriku ingin pergi haji".
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya:
"Keluarlah bersama-samanya (isteri kamu)" (Riwayat Muslim no. 3336)
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
Soalan 38 :
Ketika bersiap untuk haji, suami pula meninggal dunia kerana accident. Penerbangan haji lagi dua minggu. Cuti sudah ambil. Pasport sudah siap. Macam Mana?
Jawapan :
Jawapan :
Sebenarnya wanita yang dalam idah tidak dibenarkan ke luar berjalan jauh lebih-lebih lagi musafir. Firma Allah:
Maksudnya :
"Janganlah kamu mengeluarkan mereka (wanita dalam idah) dari rumah mereka dan janganlah mereka keluar". (Surah al-Talaq 65:1)
Jadi tidak sewajarnya wanita kematian suami dan masih dalam idah pergi haji. Biasanya pihak Tabung Haji ada prosedur untuk kes begini.
Idah pula wajib selepas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.
Begitu juga wanita yang dalam idah kerana bercerai hidup seperti suami emenceraikannya. Lain cerita kalau suami meninggal dunia di Makkah.
Soalan 39 :
Seorang lelaki tidak membenarkan isterinya untuk pergi haji. Sedangkan dia sudah memiliki kemampuan dari sudut kewangan dan akan ditemani oleh kakak bersama suami kakaknya.
Jawapan :
Wanita ini wajib melaksanakan hajinya kerana ia merupakan kewajipan yang wajib dilaksanakan apabila cukup syaratnya. Tambahan pula ia adalah berkaitan dengan hak Allah dan hak Allah adalah lebih utama untuk didahulukan.
Suami pula haram melarang isteri daripada melaksanakan haji tanpa alasan yang kukuh.
Walau bagaimanapun, seeloknya sumi isteri dituntut agar pergi bersama. Masalah mahram yang tepat untuk isteri selesai. Hak suami isteri pun tidak terabai.
Seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW: "Wahai Rasul Allah!. Sesungguhnya aku ingin keluar dalam tentera demikian-demikian, manakala isteriku ingin pergi haji".
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya:
"Keluarlah bersama-samanya (isteri kamu)" (Riwayat Muslim no. 3336)
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments