Utusan Malaysia 12 Ogos 2010
SEMACAM menjadi suatu tradisi pada setiap kali Ramadan, kita akan fikirkan tentang apa juadah yang akan dihidangkan waktu berbuka dan sewaktu bersahur dengan kecurnya air liur. Tidak hairanlah kalau pasar Ramadan tumbuh macam cendawan selepas hujan sepanjang Ramadan manakala setiap gerai pula rata-rata dikerumuni pelanggan macam semut mengerumuni gula. Juallah apa sahaja, termasuk celur pucuk ubi kayu atau pucuk ubi keledek, acar pisang butir banyak, celur jantung pisang, ikan kering bakar dan pelbagai jenis makanan yang dianggap lekeh dan tidak munasabah untuk diniagakan pada bulan-bulan biasa, semuanya laris pada bulan puasa. Sekali gus bulan Ramadan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yang yang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun.
Bazaar Ramadhan Putrajaya 11 Ogos 2010
Sumber : Utusan Malaysia
Comments
Islam galakkan kita berniaga. Dengan demikian, berniagalah. Tetapi berniaga secara jujur dan tidak melupakan tanggungjawab kita kepada Allah. Contohnya, solat asar itu perlu ditunaikan.
Kita pula, yang berkunjung ke pasar Ramadhan, kenalah berbelanja secara berhemah. Tidak mengikut hawa nafsu dan tidak membazir. LF sendiri, ada ketikanya terbeli lebih. Masa turun dari rumah nak ke pasar Ramadhan, sudah berjanji pada diri tak mahu beli banyak2. Tetapi bila tengok makanan yang dijual oleh peniaga, terus dinodai janji.