Thursday, June 13, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 40, 41 dan 42)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI

Soalan 40 :

Apakah hukum haji wanita yang dilarang oleh suaminya.?

 Jawapan :

Jika haji itu merupakan haji yang wajib, maka haji yang dikerjakan itu adalah sah walaupun mendapat tentangan suami.

Haji yang sunat pula memerlukan kebenaran suami. Dalam erti kata lain isteri dilarang menunaikan haji sunat tanpa kebenaran suami.



Soalan 41 :

Adakah suami wajib menanggung belanja isteri ke Makkah?

Jawapan :

Tidak, kerana tidak termasuk dalam nafkah wajib yang dipertanggungjawabkan ke atas suami. Walau bagaimanapun sunat bagi suami melaksanakan haji bersama isteri. (rujuk Soal Jawab Haji & Umrah LTH 2006)



Soalan 42 :

Badan sihat, duit lebih daripada cukup. Tapi giliran haji tak sampai lagi?

Jawapan :

Kalau giliran tidak sampai lagi, maknanya syarat berkemampuan belum cukup. Mungkin boleh pergi tanya kalau ada cara untu mempercepatkan giliran.
 



Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...