Hari Pertama (07 Jun 2010). Kami sekeluarga pergi melancong bawah pakej Jakarta-Bandung 4H3M kelolaan Agen Pelancongan Sensa Resources bermula hari Isnin 7 Jun 2010 hingga hari Khamis 10 Jun 2010. Sepatutnya kami menaiki pesawat MH723 jam 16.30 tetapi dibatalkan dan ditukarkan ke MH725, sebuah pesawat Airbus. Kami berangkat dari KLIA pada jam 17,55 dan lebih kurang 1 jam 40 minit kami tiba Lapangan Terbang Soekarno-Hatta (Jakarta Airport). Sejam juga kami hendak lepasi pemeriksaan imigrisen Indonesia. Selepas itu, kami tercari-cari wakil agen, lebih kurang 20 minit juga, baru kami ke temu wakil agen kami di Jakarta iaitu Bapak Dudung Abd Sukor bersama pemandu (kakaknya) Raino. Kami dibawa menaiki van Kia Pergio ke Restoran Bukit Randu, Bandara untuk menikmati makan malam. Selepas makan, kami dibawa terus ke tempat penginapan di Hotel Triniti lebih kurang 30minit perjalanan dari restoran tersebut.
Hari kedua (08 Jun 2010), selepas sarapan, kami pun check-out dan pergi melawat Monumen Nasional (Monas). Selepas melawat Monas, kami terus berangkat ke Kota Bandung. Kami makan tengahari di pertengahan perjalanan di kawasan rehat lebuhraya. Setiba di Kota Bandung, kami dibawa ke pusat membeli-belah Pusat Jean Cihampelas, Gedung Kasut Kulit Donatello dan Rumah Batik Danar Hadi Solo. Kemudian makan malam di Restoran Seafood Parit 9. Selepas makan malam, kami pun check-in di Hotel Guci.
Hari Ketiga ( 09 Jun 2010). Selepas sarapan di hotel, kami check-out dan terus dibawa ke pusat pelancongan Taman Wisata Alam, Gunung Tangkuban Perahu. Selepas menikmati keindahan alam serta bergambar, kami kemudian dibawa ke pusat membeli-belah Pasar Baru. Kemudian kami dibawa ke Jakarta. Dipertengahan perjalanan, kami makan malam di Kawasan Rehat Lebuhraya. Kami check-in di Hotel Triniti.
Hari Keempat (10 Jun 2010). Selepas sarapan di hotel, kami check-out dan dibawa ke Pusat Beli-belah Mangga Dua. Kemudian makan tengahari sebelum pergi ke Lapangan Terbang Jakarta untuk berangkat pulang ke Malaysia. Pesawat kami MH722 dan kami tiba di KLIA jam 21.30.

Comments