Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2024

PERCUTIAN KK-KUNDASANG 4H3M 2024 - Hari Keempat (Terakhir)

HARI KEEMPAT - 05 Feb 2024 HOTEL N°5 Hotel N 5 terletak  No. 1 Jalan Pintas Penampang 89500 Kota Kinabalu, Sabah. Hotel N°5 ialah hotel bertaraf 3 bintang tetapi reka bentuk mewah. Terletak secara strategik berhampiran persimpangan Jalan Lintas, Hotel N°5 dan mempunyai 115 bilik serta berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, yang hanya 5 minit pemanduan. Kami menginap di sini untuk 2 malam. Hotel ini jauh sedikit dari pusat bandar, Kota Kinabalu. Kami menginap di sini untuk dua malam. Hari ini kami chek-out untuk berangkat pulang ke Semenanjung. Flight kami dijadualkan pada jam 4.50 pm. MAKAN TENGAHARI Makan tengahari di Restoran Sempelang (RSSB), Jalan Sinsuran, Kota Kinabalu. Restoran ini menyediakan bermacam-macam lauk, menimbul rasa berselera. Boleh cuba, kena datang awal sedikit supaya lauk masih ada.  AIRPORT KOTA KINABALU Airport Kota Kinabalu, sepatutnya flight pukul 16.55 telah ditangguh/delay ke jam 19.10. Selamat tinggal Sabah. Ji...

PERCUTIAN KK-KUNDASANG 4H3M 2024 - Hari Ketiga

HARI KETIGA - 04 Feb 2024 SARAPAN Sarapan di Restoran Ikhwan, Sembulan, Kota Kinabalu. MENARA TUN MUSTAPHA Selepas sarapan, kami dibawa ke Menara Tun Mustapha, Sabah. Disini, kami hanya mengambil foto berlatarbelakang bangunan tersebut. Menara Tun Mustapha, ibu pejabat Kumpulan Yayasan Sabah merupakan sebuah bangunan yang indah, menarik dan menakjubkan daripada segi konsep. Bangunan 30 tingkat yang dibina daripada aluminium dan kaca ini merupakan salah sebuah bangunan yang luar biasa di negara ini. Bangunan ini dinamakan Menara Tun Mustapha pada 31 Julai 2001 bersempena dengan Ulang Tahun ke-35 penubuhan Yayasan Sabah, sebagai pengiktirafan atas sumbangan dan perjuangan Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun, seorang wira dan patriot yang terkenal bukan sahaja di negeri ini bahkan di peringkat antarabangsa kerana inspirasinya untuk menubuhkan Yayasan Sabah yang sehingga hari ini bertindak sebagai pemangkin dalam pendidikan dan pembangunan sosioekonomi negeri ini. MA...