HAJI YANG MABRUR.
KOTA MAKKAH
Kota ini merupakan lembah sempit yang dikelilingi gunung-gunung dengan bangunan ka'bah sebagai pusatnya. Inilah tanah tempat Allah pertama kali meletakkan bangunan rumah-Nya di bumi, yakni Kaabah. Itulah juga sebagai tempat tumpuan kiblat manusia sejagat.
JABAL THUR
Jabal Thur ialah sebuah gunung di Tanah Arab yang terletak di kawasan tanah rendah kira-kira 4 km di bahagian selatan Masjidil Haram, Makkah. Jabal Thur sangat sinonim dengan sebuah gua juga dikenali sebagai Gua Thur. Gua Thur adalah tempat di mana Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. telah bersembunyi ketika dalam perjalanan keluar daripada Makkah untuk berhijrah ke Madinah.
JABAL NUR
Gua Hira adalah terletak di puncak Jabal Nur yang jaraknya kira-kira 5 kilometer di utara Kota Makkah. Pendakian untuk menuju ke Gua Hira memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat kerana terpaksa melalui laluan lereng yang berbatu dan kering.
Antara peristiwa penting yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w di Gua Hira ialah menerima wahyu dari Jibril a.s.
JABAL RAHMAH
Jabal Rahmah, bukit yang ada di sekitar Padang Arafah. Ia terletak 25 km di tenggara kota Makkah, Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi.
Sehingga kini, bukit ini masih utuh dan tersergam dengan sebuah tugu peringatan di puncaknya. Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandakan titik atau tempat pertemuan itu. Banyak jemaah yang naik ke bukit ini untuk melawat atau berdoa di situ.
HUDAIBIAYAH
Hudaibiyah merupakan sebuah penempatan kecil yang terdapat di arah barat daya kota Makkah iaitu sekitar 22 km. Ia juga merupakan salah satu di antara lokasi miqat yang sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah.
Antara peristiwa penting yang berlaku disini adalah Perjanjian Hudaibiyah. Nama perjanjian ini diambil semperna tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu Hudaibiyah. Perjanjian ini ekoran rundingan diantara rombongan baginda, Nabi Muhammad s.a.w dengan pihak Musyirkin Makkah dimana rombongan baginda beserta kaum muslimin ketika itu hendak melaksanakan haji, akan dihalangi oleh orang-orang Quraisy Makkah.
MUZIAM KA'ABAH
Muzium Ka’abah terletak di tengah perbukitan di daerah Ummul Joud, Mekkah sekitar 10 kilometer dari Masjidil Haram. Muziam Ka'bah juga disebut Muzium Haramain, menyimpan dan mempamerkan benda-benda bersejarah dari dua Tanah Suci, iaitu berdirinya Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Model Masjidil Haram Masa Hadapan |
Tangga Kaabah |
Telaga Zam Zam |
PERJALANAN HAJI 2016
Kronologi
- Simpan dan Daftar Haji (klik)
- Umrah Pertama Kali (klik)
- Persediaan Fizikal (klik)
- Menggapai Haji Yang Mabrur (klik)
- Kursus-kursus Haji (klik)
- Ziarah Kota Madinah (klik)
- ZIARAH KOTA MAKKAH
- Ibadah Haji dan Umrah (klik)
- Kenangan Haji (klik)
LINK
Comments