HAJI YANG MABRUR.
KOTA MADINAH
Di Madinah kami penginap di hotel Anwar Al Madinah Mövenpick. Hotel ini sangat dekat dengan Masjid Nabawi melalui Pintu No. 15.
Madinah Munawarah adalah kota suci kedua yang paling utama untuk dikunjungi umat Islam setelah Makkah. Di kota ini berdiri Masjid Nabawi yang dibangun Rasulullah SAW pada tahun pertama hijrah. Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa solat di masjid ini, lebih baik dari 1000 solat di masjid lainnya selain Masjidil Haram.
Pada masa sebelum Islam berkembang, kota Madinah bernama Yatsrib, dikenal sebagai pusat perdagangan. Kemudian ketika Nabi Muhammad SAW hijrah dari Makkah, kota ini diganti namanya menjadi Madinah sebagai pusat perkembangan Islam. Rasulullah menjadikan kota ini sebagai tempat tinggalnya hingga beliau wafat dan dimakamkan di sini.
Setiap kaum muslimin yang melaksanakan ibadah umrah dan haji, pasti akan menghadirkan diri untuk berziarah ke kota Madinah. Walaupun berziarah ke Madinah sebenarnya bukanlah termasuk dalam rukun atau syarat sahnya ibadah haji atau umrah.
MASJID NABAWI
Ramai jemaah terutama dari Malaysia yang tidak mengetahui rahsia di Masjid Nabawi ada banyak lagi kawasan yang boleh dilawati. Berikut antara beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati oleh jemaah. Bukanlah rahsia sebab ramai jemaah dari negara lain yang sentiasa datang dan pergi melawat tempat-tempat ini. Mutawif Malaysia tidak bawa jemaah melawat ke sini mungkin sebab mereka pun tak tahu.
Tiang Uthman Affan
Terletak di tengah-tengah Masjid Nabawi dalam terdapat Muzium Al Quran dan Perpustakaan Kitab Khusus.
Muzium Al Quran
Di tingkat tiga tiang Uthman Affan terdapat Muzium Al Quran yang terkumpul Al Quran tulisan tanggan dan berbagai Al Quran sejak zaman Saidina Uthman Affan.
Perpustakaan Kitab Khusus
Di tingkat dua tiang Uthman Affan terdapat perpustakaan menyimpan kitab-kitab yang khusus hanya dua atau tiga salinan sahaja di dunia. Kitab-kitab ini tidak boleh di bawa keluar. Kita boleh baca di dalam.
Bilik Al Quran
Terletak di lantai bawah sebelah kanan apabila kita masuk dari pintu utama Masjid Nabawi.
Bilik Audio
Jemaah boleh meninggalkan pen drive untuk merakamkan beribu rakaman ceramah dan bacaan imam Masjid Nabawi.
Perpustakaan Umum
Ramai pelajar dan jemaah yang bertandang ke perpustakaan umum Masjid Nabawi yang terletak ditingkat atas sebelah kanan. Kena masuk dari pintu luar.
Muzium Sejarah Rasulullah SAW di Madinah
Terletak diluar pagar Masjid Nabawi bertentangan dengan pintu keluar perpustakaan umum Masjid Nabawi. Menceritakan kisah penghijrahan Nabi SAW, Kisah peperangan sepanjang Nabi di Madinah dan kisah keluarga Baginda Nabi SAW.
RAUDAH
Raudhah al Mutahharah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dimana dulunya menjadi tempat Rasullullah saw dan para sahabat beribadat dan tempat turunnya wahyu kepada Rasullullah saw. Raudhah, letaknya antara makam Nabi Muhammad SAW dan mimbar. Kawasan Raudhah ditandai dengan tiang-tiang warna kuning keemasan serta karpetnya berwarna bunga-bunga hijau. Raudah adalah tempat yang makbul untuk berdoa.
MAKAM RASULULLAH SAW
Di Masjid Nabawi ini terdapat makam Rasulullah SAW, Abu Bakar As Shiddiq dan Umar bin Khattab. Kalau jamaah umrah berada di luar masjid Nabawi, sebelah timur, maka posisi makam Rasulullah SAW dan kedua sahabatnya tepat di bawah kubah hijau. Di Makam Rasulullah inilah kita disunnahkan mengunjungi dan menyampaikan salam kepada Rasulullah SAW.
PERKUBURAN BAQI'
Perkuburan al-Baqi`yang juga dikenali sebagai Jannatul Baqi` adalah kawasan lapang yang menempatkan tanah perkuburan bagi penduduk-penduduk Madinah. Ia terletak di sebelah kiri Masjid Nabawi. Ramai ahli keluarga dan para sahabat Baginda dikebumikan di kawasan perkuburan al-Baqi`. Kawasan perkuburan ini dibuka untuk lawatan selepas waktu solat fardhu `Asar dan Subuh. Hanya lelaki dibenarkan masuk.
MASJID QUBA’
Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Nama Quba diambil nama dari sebuah telaga yang berada ditempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi.
Masjid ini terletak di perkampungan Bani Amru Ibnu Auf kira-kira 3 kilometer ke selatan Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebelum Baginda tiba di Madinah, ketika Hijrah dari Mekah bersama sahabat baginda Saidina Abu Bakar. Masjid itu dibina diatas sebidang tanah tempat pengeringan tamar milik Kulthum Ibnu Hadam.
Keutamaan Masjid Quba'
Sabda Nabi S.A.W :
"Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan solat di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah" (HR. Ahmad Nasa'i, Ibnu Majah, Hakim)
JABAL UHUD
Bukit ini adalah salah sebuah bukit terbesar dan terpanjang di Madinah dan terdapat kubur para syuhadah yang terkorban dalam peperangan Uhud. Bukit ini terletak di bahagian utara Madinah iaitu kira-kira 5km dari Masjid Nabawi.
Di sinilah berlakunya pertempuran sengit lagi dasyat, antara tentera Islam dan orang Musyrikin dari Mekah. Dalam peperangan ini, orang Islam hampir-hampir mengalamai kekalahan dan ramai yang terkorban termasuk bapa saudara Rasulullah SAW, Saidina Hamzah. Bukit Uhud yang terdapat kubur para syuhadah, Jabal Ruma tempat para syuhada perang Uhud.
MASJID QIBLATAIN
Masjid ini merupakan tempat mengerjakan solat bagi Bani Salamah terletak di barat laut Madinah. Masjid ini diberi nama Qiblatain sempena peristiwa turunnya wahyu daripada Allah SWT agar Rasulullah SAW menukarkan kiblatnya dari Baitulmaqdis ke Masjidil Haram.
MASJID AL-SAB'AH
Dulunya, tujuh tempat yang dijadikan Masjid Sab’ah ini merupakan tapak perkemahan tentera Islam dan pos-pos penjagaan ketika terjadi perang Khandaq. Pos-pos ini kemudian berkembang menjadi masjid-masjid kecil yang berjumlah tujuh bangunan, Masjid-masjid inilah yang kemudian dikenal sebagai Masjid Sab’ah atau Masjid Tujuh.
Penghormatan atas Perjuangan Rasulullah SAW dan sahabatnya dinamakan dengan Masjid Sab’ah (Masjid Tujuh) kerana ada tujuh buah masjid yang dibangun atas nama sahabat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Masjid Al-Sab'ah terletak di kawasan Jabal Sila' (Bukit Sila') iaitu di sebelah barat laut Madinah.
Walaupun dikenali dengan nama Masjid Tujuh, namun kini hanya ada sebuah masjid saja yang berfungsi di kawasan itu yang dikenali sebagai masjid al-Fath.
LADANG DAN PASAR TAMAR/KURMA
Pasti ziarah ke Madinah tidak akan lengkap jika tidak melawati ladang tamar atau kurma.
KLIP VIDEO KOTA MADINAH
PERJALANAN HAJI 2016
Kronologi
- Simpan dan Daftar Haji (klik)
- Umrah Pertama Kali (klik)
- Persediaan Fizikal (klik)
- Menggapai Haji Yang Mabrur (klik)
- Kursus-kursus Haji (klik)
- ZIARAH KOTA MADINAH
- Ziarah Kota Makkah (klik)
- Ibadah Haji dan Umrah (klik)
- Kenangan Haji (klik)
LINK
Comments