HAJI YANG MABRUR.
IHRAM DAN MIQAT UMRAH HAJI
Setelah 8 hari kami berada di Madinah berakhir, kini tiba masanya untuk kami bergerak menuju ke Makkah. Selepas Solat Subuh, kami membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah. Setelah membersihkan diri dan mandi sunat ihram, kami berpakaian ihram (tanpa niat ihram) lalu pergi untuk menaiki bas.
Jarak perjalanan ke Mekah dianggarkan kira-kira 460km dan mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai. Kira-kira 11km atau 30 minit perjalanan, kami tiba di Bir Ali yang merupakan Miqat bagi penduduk Madinah yang akan menunaikan Umrah atau Haji. Kami turun ke masjid untuk menunaikan solat sunat dan selepas itu berniat ihram.
Di perjalanan kami singgah untuk Solat Jamak Zohor dan Asar. Kami sampai di hotel penginapan jam lebih kurang 5.00 petang. Hotel penginapan kami di Makkah ialah Hotel Land Premium iaitu jarak lebih kurang 900 meter dari Masjidilharam.
UMRAH HAJI
Setelah Solat Isyak di Masjidil Haram, kami melaksanakan Ibadah Umrah hingga selesai.
I'TIKAF DAN SOLAT DI MASJIDILHARAM
Sembahyang di Masjidil Haram di Makkah di beri seratus ribu (100,000) pahala lebih dari sembahyang dalam mana-mana masjid lain dari Masjidil haram, dan sembahyang di masjid Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam di Madinatul Munawarah, di beri seribu (1,000) pahala lebih dari sembahyang di mana-mana masjid yang lain melainkan di masjidil haram di Mekah bagaimana tersebut dalam hadith-hadith nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam seperti suatu hadith marfu’ berbunyi:
Ertinya: Satu sembahyang dalam masjid saya ini (di Madinah munawarah yaitu masjid yang ada pada zaman Shallallahu ‘alaihi Wasallam sekadar seratus hasta panjang, dan lebar dan ruangan yang lebih itu tambahan-tambahan di atas masjid nabi itu), lebih afdhal lebih utama dari seribu sembahyang dalam mana-mana masjid, melainkan Masjidil Haram di Mekah , dan satu sembahyang dalam Masjidil Haram , lebih afdhal lebih utama dari seratus sembahyang dalam masjid saya.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dengan isnad yang sahih.
Dalam segi bahasa, i’tikaf berasal dari kata ’akafa-ya’kufu-ukufan yang berarti berdiam diri atau tetap di atas sesuatu. Sedangkan dalam pengertian Islam, i’tikaf berarti berdiam diri di masjid sebagai ibadah yang disunahkan untuk dikerjakan di setiap waktu. I’tikaf ini lebih diutamakan pada bulan Ramadhan, terutama 10 hari menjelang berakhirnya Ramadhan untuk memperoleh lailatul qadar, namun beri’tikaf di hari lain pun tidak akan mengurangi manfaatnya.
WUQUF DI ARAFAH
Salah satu rukun ibadah haji ialah wukuf.
Pada tanggal 8 Zulhijjah, kami bersiap sedia untuk berangkat ke Arafah untuk melaksanakan wuquf.
Wukuf adalah puncaknya haji. Wukuf dilaksanakan mulai dari tergelincir matahari tanggal 9 Zulhijjah sampai dengan terbit fajar tanggal 10 Zulhijjah. Jika gagal untuk berada di Arafah pada tempoh waktunya maka ibadah haji tidak sah.
“Haji adalah Arafah, barangsiapa yang datang pada malam harinya sebelum terbit fajar (hari kesepuluh), maka dia telah mendapatkan wukuf”. (HR. At-Tirmidzi)
Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR. Muslim)
Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
“Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(HR. Ahmad)
MABIT DI MUZDALIFAH
Selepas Solat Jamak Maghrib/Isyak, kami mulai berangkat ke Muzdalifah pada tanggal 9 Zulhijah untuk Mabit di Muzdalifah (dalam perjalanan dari Arafah ke Mina)
MABIT DI MINA
Mabit di Mina pada hari Tasyrik (tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijah).
Mina ialah lokasi ketiga dalam operasi masyair (Arafah - Mudzalifah - Mina). Kami bergerak ke kawasan Mina selepas selesai bermabit (bermalam) dan mengutip batu di Mudzalifah. Kami dibawa dengan bas. Tidak ada rukun haji di Mina tetapi ada tiga wajib haji iaitu mabit (bermalam) di Mina, melontar Jamrah Kubra, dan melontar ketiga-tiga jamrah.
MELONTAR JAMRAH KUBRA
Melontar Jamrah Kubra, pada tanggal 10 Zulhijah iaitu dengan cara melontarkan tujuh butir batu berturut-turut dengan mengangkat tangan pada setiap melempar batu sambil berucap, "Allahu Akbar, Allahummaj'alhu hajjan mabruran wa zanban magfura(n)". Setiap batu harus mengenai ke dalam jumrah jurang besar tempat jamrah.
TAHALLUL AWAL
Tahallul ialah melepaskan diri daripada larangan ihram.
Tahallul Haji terbahagi kepada dua iaitu Tahallul Awal dan Tahallul Thani.
Tahallul Awal terhasil apabila jemaah haji selesai melakukan 2 daripada 3 perkara berikut:
1) Melontar Jamrah Kubra
2) Tawaf Rukun dan Bersaie
3) Bercukur/Bergunting
Ingat, kita perlu melakukan dua daripada tiga perkara di atas untuk mengatakan kita sudah melakukan Tahallul Awal.
MELONTAR 3 JUMRAH ULA, WUSTHA DAN KUBRA
Melontar Jumrah Ula, Wustha dan Kubra pada hari Tasyrik (tanggal 11, 12 dan 13 Zulhijah).
Setiap jemaah haji yang mahu melontar di jamrah di Mina akan melalui perjalanan sepanjang tujuh kilometer (pergi balik) dari khemah jemaah haji Malaysia di Mu'aisim.
Terowong baru menghubungkan khemah jemaah Tabung Haji di Mu'aisim dengan tempat melontar jamrah di Mina telah siap pada tahun 2012 memberikan banyak kelebihan kepada jemaah haji Malaysia. Terowong baru sepanjang dua kilometer itu merupakan sambungan kepada dua buah terowong lama.
Terowong ini membolehkan perjalanan jemaah haji Malaysia terus ke Jamrah dan balik semula ke khemah tanpa melalui kawasan perkhemahan jemaah negara lain.
TAWAF IFADAH
Tawaf Ifadah iaitu mengelilingi Ka'bah sebanyak 7 kali, dilakukan sesudah melontar jumrah Aqobah pada tanggal 10 Zulhijah.
SA'I
Berjalan atau berlari-lari kecil antara Shafa dan Marwah sebanyak 7 Kali, dilakukan sesudah Tawaf Ifadah. Alhamdulillah, selesai ibadah haji kami.
UMRAH SUNAT
Bagi Muslim yang tinggal di Makkah, rumah mereka adalah tempat untuk ihram haji. Sementara untuk Umrah, Ihramnya harus keluar dari tanah Haram Makkah, dan sebaik-baiknya tempat ialah di Ji'ranah, Tan'eim, atau Hudaibiyah.
Antara ibadah yang dilakukan selepas Haji adalah melaksanakan Umrah Sunat. Saya bersama sahabat menyewa teksi dan keluar bermiqat di Tan'eim iaitu lebih kurang 5 km jaraknya dari Kota Makkah untuk bermiqat umrah.
TAWAF WADA'
Tawaf Wada' merupakan ibadah terakhir kami di Masjidilharam laksanakan sebelum meninggalkan kota Makkah. Selepas itu kami pulang ke hotel, bersiap untuk menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Jeddah untuk berangkat pulang ke Malaysia.
Selamat sampai ke KLIA pada 27 September 2016 jam 9.00 malam.
Semoga kami memperolehi Haji Yang Mabrur.
PERJALANAN HAJI 2016
Kronologi
- Simpan dan Daftar Haji (klik)
- Umrah Pertama Kali (klik)
- Persediaan Fizikal (klik)
- Menggapai Haji Yang Mabrur (klik)
- Kursus-kursus Haji (klik)
- Ziarah Kota Madinah (klik)
- Ziarah Kota Makkah (klik)
- IBADAH HAJI DAN UMRAH
- Kenangan Haji (klik)
LINK
Comments