Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

MELBOURNE Day 5: Free and Easy (Airport Drop)

AKTIVITI HARI KELIMA Tiada aktiviti melawat pada hari ini, hari ini merupakan hari terakhir berada di bumi Australia. Hari ini adalah hari perjalanan pulang ke Malaysia. Ke Airport . 6.30 pagi telah mula bertolak ke Airport. Flight kami dijadualkan pada jam 9.35 pagi dan dijangka tiba di KLIA2 jam 3.55 petang (waktu Malaysia). Kami bertolak awal kerana pengalaman kami semasa tiba ke sini begitu lama untuk melepasi pemeriksaan Kastam dan Imigresen. Selamat tinggal Melbourne. Alhamdulillah, selamat tiba di KLIA2. Rasa sekejap dan tidak puas melancong ke Melbourne ini. Walau bagaimana kami berasa bersyukur kerana diberi peluang melawat Melbourne. Semoga Allah memurahkan rezeki kami agar dapat melancong lagi. Video Kenangan ATURCARA PERJALANAN 13 Mac 2016 Day 1: Airport Pickup dan Melbourne City Tour 14 Mac 2016 Day 2: Phillip Island Eco Tour 15 Mac 2016 Day 3: Great Ocean Road Coastal Road Trip 16 Mac 2016 Day 4: Dandenong Ranges 17 Mac 2016 D...

MELBOURNE Day 4: Dandenong Ranges

AKTIVITI HARI KEEMPAT Aktviti hari ini, kami ke Dandenong Ranges. SARAPAN PAGI Kami membeli roti Turki di Boreks Bakehouse, tempat sarapan pagi kami semalam. Kami beli bungkus, takeaway, kami makan dalam van. Kali ini perkena kopi panas. Beraneka kopi ada dijual disini. DANDENONG RANGE The Dandenong Ranges merupakan satu banjarang pergunungan rendah terletak kira-kira 35 km timur Melbourne, Victoria, Australia. Ia terdiri daripada bukit-bukau, lembah curam dan diliputi hutan hujan beriklim sederhana tebal, terutamanya pokok Mountain Ash. Dandenong Ranges merupakan kawasan yang nyaman untuk berbasikal meredah belukar dengan laluan yang luas melalui tumbuh-tumbuhan yang subur. Dari puncak Gunung Dandenong, kita boleh melihat pemandangan panorama bandar , terdapat juga penempatan-penempatan yang menarik di sekitarnya yang menawarkan penginapan, galeri, kedai dan taman-taman yang indah. Perkhidmatan keretapi wap bersejarah, he Puffing Billy, perjalanan antara Belgrade dan Ge...