Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 biji telur
3/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
2 tongkol jagung
Secubit garam
1 sudu makan mentega
Cara membuatnya:
Kisar jagung bersama sedikit air (air jangan banyak sangat yer).
Tapis ambil airnya sahaja (saya tapis guna kain).
Sukat 1 1/2 cawan pati jagung dan masukkan ke dalam blender.
Masukkan santan, gula, garam dan telur ke dalam blender bersama dengan pati jagung tadi dan kisar perlahan2 hingga sebati.
Masukkan kedua-kedua jenis tepung dan kisar lagi hingga sebati.
Pastikan tepung tak berketul. Masukkan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau setiap masa hingga naik wap dan pekat.
Masukkan mentega dan kacau lagi.
Tuang ke dalam acuan 8x8 inci yang disapu dengan minyak dan bakar pada suhu 180 darjah selama 1 - 1 1/4 jam hingga masak (saya bakar api bawah sahaja selama 1/2 jam dan kemudiannya saya sambung bakar guna api atas bawah hingga masak sebab tak nak garing sangat atasnya).
Sejukkan sebelum dipotong..
Sumber
Oleh: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
LIKE: www.facebook.com/Buku Resepi
Comments
sambil menunggu jengah resipi blogger lain....rasa resipi ni mcm kurang air/santan pulak.
tak tau la camna kejadian bingka saya ni nanti...harap2 menjadi n tak keras