Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Rujukan : AlisKlamp,Kelebihan Bekhatan
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)
20 November 2010. Pagi tadi jam 10.00am, anak lelaki ku, Muhammad Zaki telah dikhatankan di Klinik Rawatan Utama, Taman Cheras Jaya. Berkhatan ini telah disempurnakan oleh Dr Mohd Ali. Beliau menggunakan kaedah AlisKlamp.
AlisKlamp merupakan sebuah alat berkhatan pakai buang, AlisKlamp dicipta oleh pasukan yang terdiri daripada pakar urologi, Dr. Vedat Ali Canoglu dan pakar berkhatan, Dr. Mustafa Demirelli.
AlisKlamp terdiri daripada sebuah tiub polikarbonat lutsinar dan mekanisme penyepit plastik berwarna putih. Ia dipercayai mampu memberikan hasil estetik yang baik serta mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu, ia berupaya mengurangkan pelbagai komplikasi akibat prosedur berkhatan konvensional.
ALISKLAMP boleh didapati dalam beberapa saiz mengikut kesesuaian kanak-kanak atau orang dewasa.
Inovasi terkini itu telah diterima baik dan digunakan di serata negara Eropah dan Asia Barat sejak diperkenalkan di Turki pada tahun 2004.
Berbeza dengan berkhatan cara klasik, AlisKlamp menawarkan beberapa kelebihan yang signifikan. Produk terbaru itu memudahkan prosedur berkhatan dilakukan tanpa jahitan pembedahan dan darah.
Selain memastikan keselesaan pesakit, teknik berkhatan juga perlu memberikan rasa selesa kepada doktor yang melakukannya.
"Berbanding teknik berkhatan yang lain, AlisKlamp memberikan prosedur berkhatan yang lebih pantas. Ini bermakna kadar trauma dan tekanan ke atas anak boleh dikurangkan.
Sepanjang proses pembedahan dan selepas pembedahan, pesakit tidak perlu bimbang tentang isu pendarahan. AlisKlamp tidak menyebabkan jumlah titisan darah yang banyak daripada kulit yang dipotong.
Atas sebab itulah produk AlisKlamp juga boleh digunakan oleh kanak-kanak yang mengalami sejenis pendarahan abnormal, hemofilia.
Satu persoalan yang sering timbul dalam minda kebanyakan ibu bapa apabila anak menjalani prosedur berkhatan adalah masalah luka lambat sembuh.
Dr. Vedat memberitahu, salah satu faktor luka lambat sembuh adalah kerana potongan pada kulit khatan yang tidak betul. Teknologi AlisKlamp bagaimanapun menawarkan potongan kulit khatan yang lebih dilindungi dan sempurna.
Dr. Mustafa pula menjelaskan penggunaan AlisKlamp mengurangkan keperluan seseorang kanak-kanak untuk memakai pakaian khas setelah pembedahan berakhir.
PROSEDUR berkhatan kini dapat dilakukan dengan lebih pantas dan mengurangkan trauma.
Lebih menarik lagi, anak yang dikhatan menggunakan AlisKlamp boleh menjalani rutin kehidupan harian seperti biasa. Berjalan, bermain, mandi mahupun berenang di kolam atau pantai serta-merta selepas prosedur berkhatan juga tiada masalah!
Risiko jangkitan dan pendarahan yang rendah dalam prosedur berkhatan menggunakan AlisKlamp juga bermakna tiadanya keperluan untuk mengenakan pembalut selepas itu.
Malah, AlisKlamp boleh ditanggalkan dalam tempoh sehari hingga lima hari selepas prosedur berkhatan dilakukan tetapi ia bergantung kepada umur anak yang dikhatankan.
Sesuai digunakan oleh segenap usia, AlisKlamp juga didatangkan dengan lima saiz berbeza untuk kanak-kanak dan empat saiz untuk orang dewasa. Ia juga dicipta untuk kegunaan bayi baru lahir sehinggalah remaja berusia 15 tahun.
AlisKlamp telah menerima pengiktirafan daripada EU (European Union) Declaration of Conformity (CE), Patent Certificate, Industrial Design Registration Certificate dan Trade Mark Registration Certificate. Pihak pengeluar AlisKlamp, Aba Group juga sedang menunggu kelulusan daripada Pentadbiran Perubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat (AS).
Rujukan : AlisKlamp,Kelebihan Bekhatan
Comments