Oleh Dr Abdul Basit Abdul
Jangan kita mendedahkan keburukan dan keaiban diri sendiri dan orang lain dalam Facebook. Jadikanlah Facebook satu media untuk menyampaikan perkara-perkara kebaikan dan menerangkan yang benar .
Perkara perlu kita ambil perhatian. Antaranya:
- Pihak Facebook Corp. dapat mengetahui setiap benda yang kita masukkan dalam profile kita. Ini termasuklah gambar, maklumat, aktiviti, kegemaran, jaringan dan sebagainya. Sebab itulah timbul teori FB dijadikan sebagai medium untuk monitor pengguna. Benda ini mungkin hanya teori tapi tak mustahil.
- Gambar-gambar, posting-posting dan maklumat-maklumat yang kita masukkan atau orang lain masukkan untuk kita akan terdedah kepada siapa saja (jika tidak diprivasikan). Risiko untuk diri anda di’dajal’kan oleh orang adalah sangat tinggi.
Semoga khutbah yang disampaikan oleh Ustaz dapat dijadikan iktibar kepada kita semua.
Rujukan lain : Nasihat Penggunaan Facebook
Comments
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN.