Friday, December 30, 2016

PERJALANAN HAJI 2016 - Ziarah Kota Makkah

YA ALLAH, KURNIAKAN AKU DAN ISTERIKU,
HAJI YANG MABRUR. 

AMIN



KOTA MAKKAH



Kota ini merupakan lembah sempit yang dikelilingi gunung-gunung dengan bangunan ka'bah sebagai pusatnya. Inilah tanah tempat Allah pertama kali meletakkan bangunan rumah-Nya di bumi, yakni Kaabah. Itulah juga sebagai tempat tumpuan kiblat manusia sejagat.  


JABAL THUR


Jabal Thur ialah sebuah gunung di Tanah Arab yang terletak di kawasan tanah rendah kira-kira 4 km di bahagian selatan Masjidil Haram, Makkah. Jabal Thur sangat sinonim dengan sebuah gua juga dikenali sebagai Gua Thur. Gua Thur adalah tempat di mana Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. telah bersembunyi ketika dalam perjalanan keluar daripada Makkah untuk berhijrah ke Madinah.


JABAL NUR


Gua Hira adalah terletak di puncak Jabal Nur yang jaraknya kira-kira 5 kilometer di utara Kota Makkah. Pendakian untuk menuju ke Gua Hira memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat kerana terpaksa melalui laluan lereng yang berbatu dan kering.

Antara peristiwa penting yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w di Gua Hira ialah menerima wahyu dari Jibril a.s.


JABAL RAHMAH




Jabal Rahmah,  bukit yang ada di sekitar Padang Arafah. Ia terletak 25 km di tenggara kota Makkah, Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi.


Sehingga kini, bukit ini masih utuh dan tersergam dengan sebuah tugu peringatan di puncaknya. Di puncak Jabal Rahmah ada sebuah tugu yang menandakan titik atau tempat pertemuan itu. Banyak jemaah yang naik ke bukit ini untuk melawat atau berdoa di situ.


HUDAIBIAYAH


Hudaibiyah merupakan sebuah penempatan kecil yang terdapat di arah barat daya kota Makkah iaitu sekitar 22 km. Ia juga merupakan salah satu di antara lokasi miqat yang sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah.


Antara peristiwa penting yang berlaku disini adalah Perjanjian Hudaibiyah. Nama perjanjian ini diambil semperna  tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu Hudaibiyah. Perjanjian ini ekoran rundingan diantara rombongan baginda, Nabi Muhammad s.a.w dengan pihak Musyirkin Makkah dimana rombongan baginda beserta kaum muslimin ketika itu hendak melaksanakan haji, akan dihalangi oleh orang-orang Quraisy Makkah. 


MUZIAM KA'ABAH


Muzium Ka’abah terletak di tengah perbukitan di daerah Ummul Joud, Mekkah sekitar 10 kilometer dari Masjidil Haram. Muziam Ka'bah juga disebut Muzium Haramain, menyimpan dan mempamerkan benda-benda bersejarah dari dua Tanah Suci, iaitu berdirinya Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Model Masjidil Haram Masa Hadapan

Tangga Kaabah

Telaga Zam Zam

Kronologi

Perjalanan 2016

Simpan dan Daftar Haji

Umrah Pertama Kali

Persediaan Fizikal

Menggapai Haji Yang Mabrur

Kursus-kursus Haji

Ziarah Kota Madinah

ZIARAH KOTA MAKKAH

Ibadah Haji dan Umrah

Kenangan Haji




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...