Wednesday, December 14, 2016

PERJALANAN HAJI 2016 - Persediaan Fizikal

YA ALLAH, KURNIAKAN AKU DAN ISTERIKU, 
HAJI YANG MABRUR. 

AMIN


TERIMA PANGGILAN MENUNAIKAN HAJI

Pada 16 November 2015, terima tawaran mengerjakan haji bagi tahun 1437H/2016M daripada Lembaga Tabung Haji (LTH). Aku terima melalui SMS manakala isteriku melalui eMel dan meminta kami mengambil surat tawaran di pejabat Tabung Haji yang berdekatan. Kami pergi ke Pejabat Tabung Haji Bandar Baru Bangi (BBB).


Selepas menerima surat panggilan, kami diberi tempoh sehingga tarikh yang ditetapkan untuk memberi maklumbalas samada menerima atau menolak panggilan tersebut. Sekiranya kami menerima, kami diberi pilihan samada memilih Makkah atau Madinah sebagai destinasi yang hendak kita tujui dahulu.

Pada 18 Dis 2015, kami mengembalikan semula borang maklumbalas kepada Pejabat Tabung Haji BBB tanda persetujuan untuk mengerjakan Haji bagi tahun 1437H /2016. Kami memilih ke Madinah, sebagai destinasi dahulu dituju sebab kami bercadang untuk mendapat penerbangan awal dan akan mengerjakan Haji Tamattu'.


PERSEDIAAN FIZIKAL

Selepas mendapat tawaran mengerjakan haji, kami mula membuat latihan fizikal iaitu berjalan kaki di Lake Valley, Bandar Hussein Onn pada setiap hujung minggu. Khabarnya perkerjaan haji banyak perlu melakukan pergerakan fizikal seperti barjalan kaki. Jarak sesuatu tempat haji juga jauh terutama ketika di Mina atas urusan melontar 3 Jamrah. Mengikut pengalaman mereka yang telah mengerjakan haji, jarak untuk pergi melontar di Mina lebih kurang 3.5 km. Ini bermakna jarak perjalanan bagi sekali pergi melontar dan balik adalah 7 km. Khabarnya juga hotel penginapan di Mekah lebih kurang 1 km dari Masjidil Haram. 





Adakala kami tidak pergi bersenam kerana ada urusan lain.


PEMERIKSAAN KESIHATAN



Amat beruntung sekiranya kita dapat mengerjakan haji dalam usia muda dan keadaan badan kita masih sihat serta bertenaga. Kita hendaklah menjaga kesihatan dengan menjaga permakanan kita mulai sekarang. 


Setiap bakal haji perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan. Antara syarat untuk membolehkan kita dibenarkan menunaikan haji ke Tanah Suci adalah mempunyai kesihatan yang baik. Kami telah menjalankan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan, Bandar Seri Putra. Alhamdulillah, kami berdua lulus pemeriksaan.


Kronologi

Perjalanan Haji 2016

Simpan dan Daftar Haji

Umrah Pertama Kali

PERSEDIAAN FIZIKAL

Menggapai Haji Yang Mabrur

Kursus-kursus Haji

Ziarah Kota Madinah

Ziarah Kota Makkah

Ibadah Haji dan Umrah

Kenangan Haji



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...