Skip to main content

PERJALANAN HAJI 2016 - Kursus-kursus Haji

YA ALLAH, KURNIAKAN AKU DAN ISTERIKU,
HAJI YANG MABRUR. 

AMIN


KURSUS ASAS HAJI 2016

Persiapan yang terbaik adalah ILMU, kerana beramal secara berilmu adalah yang terbaik agar kami benar-benar faham tujuan dan ibadah yang akan dilakukan. Kami berdoa agar haji yang kerjakan nanti akan mendapat haji yang mabrur.

Hadir Kursus Asas Haji anjuran Lembaga Tabung Haji di Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ). Kursus ini dibimbing oleh Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Sattar, Pembimbing Haji LTH dan juga merupakan Imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Pada tahun-tahun sebelum ini, kami pernah juga hadir kursus asas ini tetapi tidak begitu fokus sebab belum menerima panggilan lagi. tetapi kali ini perlu lebih fokus dan faham apa yang disampaikan oleh penceramah. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz yang mengajar, MTCJ yang mengurus dan menyediakan tempat serta Tabung Haji yang menyediakan kursus secara percuma ini. 


Bersama Ustaz Ahmad Sirajuddin

Kursus Asas ini berjalan selama 17 minggu atau 17 siri pada setiap hari Ahad bermula 10 Januari 2016 hingga 1 Mei 2016. Ada juga hari-hari yang kami tidak dapat hadir kerana komitmen lain.


Modul Kursus Asas Haji

Minggu 01 - Pengenalan Ringkas Ibadat Haji dan Umrah - Falsafah dan Penyucian Jiwa
Minggu 02 - Sejarah Tanah Suci Makkah dan Kelebihan
Minggu 03 - Pengenalan Haji Dan Umrah
Minggu 04 - Rukun Haji - Niat Ihram Haji Dan Wuquf
Minggu 05 - Rukun Haji – Tawaf dan Jenis Tawaf
Minggu 06 - Rukun Haji - Sa’ie, Bercukur/Bergunting/Tertib Pada Kebanyakan Rukun
Minggu 07 - Kesihatan
Minggu 08 - Wajib Haji - Niat Ihram Di Miqat Dan Jenis Haji
Minggu 09 - Wajib Haji - Larangan Ihram Dan Dam
Minggu 10 - Wajib Haji - Mabit Di Muzdalifah, Mina Dan Lontar Jamrah
Minggu 11 - Aurat Dan Keizinan Suami
Minggu 12 - Umrah dan Niat Bersyarat
Minggu 13 - Taharah Dan Solat
Minggu 14 - Penyelesaian Kepada Isu Ibadat Wanita
Minggu 15 - Tawaf Wada’ Dan Ziarah Madinah
Minggu 16 - Pengurusan Haji
Minggu 17 - Amali Ibadat Haji


KURSUS HAJI INTENSIF 2016


Kursus Haji Intensif telah diadakan pada   di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (IKLAP) di Bangi pada 21 Mei 2016. Kursus ini dibimbing oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin. Kursus ini khusus bagi mereka telah dipilih untuk menunaikan haji pada tahun ini. Kursus ini lebih kepada megulangkaji bab-bab haji yang telah dijelaskan semasa kursus asas dengan menekan perkara-perkara penting dalam perlaksanaan rukun dan wajib haji.


KURSUS HAJI PERDANA 2016


Kemuncak kursus haji adalah Kursus Haji Perdana. Ia diadakan selama 2 hari (23-24 Julai 2016) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz juga dikenali Masjid Negeri Shah Alam. Kursus Perdana ini adalah perhimpunan bakal-bakal haji peringkat negeri Selangor. Kursus ini lebih kepada latihan pratikal kerja-kerja haji agar bakal-bakal haji dapat merasakan suasana yang akan dilalui di Tanah Suci dengan ribuan bakal haji terutama kesulitan dalam penggunaan tandas semasa di Arafah dan di Mina. Disini ini akan menguji tahap kesabaran kita nanti.


Kronologi

Perjalanan Haji 2016

Simpan dan Daftar Haji

Umrah Pertama Kali

Persediaan Fizikal

Menggapai Haji Yang Mabrur

KURSUS-KURSUS HAJI

Ziarah Kota Madinah

Ziarah Kota Makkah

Ibadah Haji dan Umrah

Kenangan Haji


Comments

Unknown said…
assalamu alaikum. mohon share modul kursus asa haji,

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem