Friday, August 13, 2010

Bubur Lambuk - Makanan Popular Bulan Ramadhan


Bubur Lambuk amat sinonim dengan bulan ramadhan. Juadah yang popular untuk berbuka puasa.

Kg. Baru Kuala Lumpur, sejak 51 tahun yang lepas, setiap kali menyambut Ramadan, penduduk kampung akan bergotong-royong menyedia dan memasak bubur itu untuk disedekahkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa.

Di Malaysia terdapat banyak versi resepi  Bubur Lambuk.

Berikut adalah salah satu resepi bubur lambuk  yang boleh kita cuba :




RESEPI BUBUR LAMBUK

Bahan-bahan nya :
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 liter air
  • 150 gram beras
  • 5cm halia dihiris kasar
  • 2 batang serai dititk
  • 1/2 camca teh halba
  • 100ml pati santan daripada 1/2 biji kelapa
  • 2 helai daun kunyit dihiris nipis
  • 5 cendawan hitam direndam dan dihiris
  • Garam dan lada putih secukup rasa
  • Bawang goreng dan daun bawang dihiris

Cara membuatnya :
1. Rebus ayam dengan separuh sukatan air sehingga ayam empuk.
2. Sejat dan siat-siatkan dagingnya.
3. Didihkan air rebusan ayam tadi dan masukkan baki air bersama beras, halia, serai dan halba.
4. Masak hingga beras kembang.
5. Masukkan santan, daun kunyit dan cendawan.
6. Kacuk hingga mendidih.
7. Bubuh garam dan serbuk lada putih bersama-sama isi ayam.
8. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang.

1 comment:

luahfikiran said...

Salam NB,
Sdr NB mesti pandai masak bubur lambuk (tahu resepi). Semalam ada beli kat pasar Ramadhan tetapi setakat boleh tahan je !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...