Thursday, June 24, 2010

Tanjung Simpang Mengayau - The Tips Of Borneo



Tanjung Simpang Mengayau atau lebih terkenal dengan gelaran sebagai "Tips Of Borneo". Terdapat satu unjuran batu atau tanjung menonjol ke laut yang menjadi titik pertemuan dua laut iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu. Ia terletak 170km dan lebih kurang 2jam 30minit perjalanan darat dari Kota Kinabalu. Tempat ini sama terkenal dengan Gunung Kinabalu di Sabah.


Perkataan "Tanjung" bermaksud jubah atau tanjung atau penghujung , dan 'Simpang' atau ‘Sampang’ pula bermaksud jambatan manakala ‘Mangazou’ membawa makna peperangan. Makna lain "Simpang Mengayau" pula adalah "pertemuan di mana pertempuran berlaku".

Dalam bahasa Rungus, iaitu suku kaum majoriti yang menghuni kawasan ini, Tanjung Simpang Mengayau bermaksud ‘benteng pertahanan’ kaum Rungus daripada pihak musuh (lanun dari kepulauan Filipina) yang menyerang perkampungan mereka.



Mengikut cerita, terdapat bajak laut atau lanun berkeliaran untuk merompak kapal-kapal yang melayari kawasan ini. Hasil rompakan dibawa ke beberapa pulau berdekatan, tempat persembunyian mereka.

Tanjung Simpang Mengayau juga pernah menjadi tempat pendaratan pengembara terkenal yang mengelilingi dunia Ferdinand Magellan yang berhenti selama 42 hari untuk membaiki kapalnya yang rosak dipukul ribut.





Kini Kudat telah menjadi salah satu tempat tarikan pelancongan utama atas usaha bekas Ketua Menteri Tan Sri Chong Kah Kiat. Sebatang jalan telah dibina ke Tanjung Simpang Mengayau untuk kemudahan pelancongan. Satu bola dunia dan tiang bendera dibangunkan sebagai tanda Tip of Borneo.



Tidak banyak yang perlu dilakukan kecuali untuk melihat pemandangan yang indah, kejernihan air di pantai Kalampunian, mendengar suara ombak menerjang dalam batuan tanjung dan mengambil beberapa foto untuk kenangan.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...