SARAPAN DI HOTEL Breakfast di Hotel The Patra. Hari ini terakhir di hotel ini dan hari terakhir di Bangkok. Sebentar lagi check-out, jalan-jalan sebelum transfer ke airport. DRIED FOOD MARKET Singgah Kedai menjual makanan ringan, kerepek dan asam. Pasar Makanan Kering di Bangkok ialah tempat yang meriah di mana anda boleh menemui pelbagai jenis makanan kering dan makanan ringan. Ia terkenal dengan pelbagai pilihan buah-buahan kering, makanan laut dan makanan tempatan yang lain, menjadikannya destinasi popular untuk penduduk tempatan dan pelancong. Jika anda berada di Thailand, maka anda mesti singgah ke tempat yang dipanggil Dried Food Market (Pasar Makanan Kering). Disini ada banyak barangan boleh di untuk dijadikan sebagai cenderahati, buah tangan dan kenang-kenagan dari Thailand. Barangan ini terdiri daripada berbagai makanan kering, gula-gula, keropok, jeruk dan kerepek yang berasaskan buah-buahan seperti asam jawa, nangka, durian, mangga, manggis, dan lengkeng. Manak...