Skip to main content

ONE DAY TRIP KE SINGAPURA 19-20 Ogos 2023

Persediaan

Kali ini nak santai-santai, search di media sosial, percutian yang simple. Kali ini saya pilih Percutian ke Singapura. Setelah mengkaji dan pakej-pakej yang diperkenalkan, saya memilih pakej yang diperkenalkan oleh agen pelancongan Jawahir Travel & Tour (JTT). Pakej ini akan bertolak/bergerak dari KL Sentral pada hari Jumaat malam 19-08-2023 dan dijangka masuk ke Singapura pada awal pagi. Pakej ini akan melawat beberapa tempat di Singapura dan pulang pada lewat petang. Pakej ini akan bermalam di Johor Bahru dan pulang esoknya 20-08-2023.

Sebelum tarikh berangkat, peserta diingatkan jangan lupa membawa paspot dan juga pasti paspot masih sah untuk enam bulan ke atas. Pastikan juga tiada sekatan perjalanan Imigresen. Peserta perlu mengisi borang kemasukan e-Arrival Form secara online 48 jam sebelum berangkat.

Tukaran duit buat ketika adalah 1 SGD = RM 3.43

Keberangkatan ke Singapura

Semua peserta diminta berkumpul di KL Sentral selewat-lewatnya jam 11.00 malam hari Jumaat. Bas akan berangkat pada jan 11.30 malam.

Seramai 36 peserta menyertai pakej ini. Kebanyakan ada naik di KL Sentral, 3 peserta akan naik di Tol Senawang dan seorang akan naik di RnR Gelang Patah.

Disebabkan ada peserta tertinggal paspot, kami bergerak lewat sedikit pada jam 12.00 tengah malam.

Singgah RnR Gelang Patah

Alhamdulillah, kami sampai di RnR Gelah Patah jam 4.30 pagi, Gerai-gerai makanan di RnR sedang berkemas untuk memulakan perniagaan. Pekerja-pekerja dari Johor ke Singapura mulai ramai. Kami berhenti untuk berehat dan menunggu Solat Subuh. Ada antara peserta yang mandi dan membersihkan diri serta menukar pakaian. Selepas Solat Subuh, kami mula bersarapan di sini. Jam lebih kurang 6.30 pagi, kami mula bergerak menuju ke pintu masuk Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang.

Pemeriksaan Imigresen dan Kastam

Tiba di CIQ Tanjung Kupang, peserta perlu membawa beg/barang untuk pemeriksaan Kastam Malaysia. Oleh kami tiba awal, kurang lah kesesakan di CIQ. Setelah melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam, kami menaiki semula ke dalam bas, untuk menuju ke Check-Point Tuas di Singapura. Tapi kali ini, kami tidak perlu membawa beg/barangan turun ke pusat pemeriksaan.  Setelah selesai, kami menuruskan perjalanan ke Pulau Sentosa.

Universal Studio Singapore (USS)

Universal Studios Singapore merupakan taman tema Universal Studios yang pertama dan satu-satunya di Asia Tenggara. Disini terdapat pelbagai jenis tarikan menarik dan hiburan berdasarkan filem blockbuster dan siri televisyen yang anda kenali dan gemari.

Kita perlu membeli tiket untuk masuk ke dalam taman tema. Oleh kerana pakej ini hanya tidak termasuk, kami hanya berjalan-jalan dan dan bergambar di luar kawasan terutama di Globe mercu tanda USS. Untuk menikmati permaian dan hiburan di dalam taman tema ini, kita perlu menempah tiket terlebih dahulu dan perlu memperuntukkan masa sehari suntuk berada di dalam nya sahaja.

Disini juga kami bertemu dengan Tour Guide dari Singapura yang akan membawa kami bersiar-siar seperti dalam iternari pakej. Sebelum memulakan perjalanan, beliau memberi taklimat ringkas aturcara perjalanan.

Iternari pertama, kami dibawa ke Fort Siloso dengan menaiki bas shuttle yang disediakan dalam Pulau Sentosa.

Fort Siloso

Perkataan "Siloso" nama kubu itu berasal daripada perkataan Malayan yang bermaksud "batu". Fort Siloso terletak di hujung barat Pulau Blakang Mati (kini dikenali sebagai Pulau Sentosa).

Fort Siloso adalah satu-satunya kubu pantai Singapura yang dipelihara dengan baik yang berfungsi sebagai sebahagian daripada pertahanan negara terutama melindungi Pelabuhan Keppel. Muzium ketenteraan di lokasi ini mengandungi khazanah peringatan Perang Dunia ke-2 (WWII), termasuk senapang pantai, tinggalan struktur dan terowong tentera yang dipulih semula, serta dokumentari video interaktif, lengkap dengan patung lilin askar Jepun & British di Surrender Chambers.

Disini kami hanya dibawa melawat SkyWalk dan Pantai Siloso, walau pun banyak lagi tempat-tempat menarik di sini.

SkyWalk Fort Siloso

Fort Siloso Skywalk merupakan jambatan setinggi 36.3 meter yang disediakan untuk pengunjung ke Sentosa melihat pemandangan sekeliling yang indah terutamanya Pantai Siloso.

Dari Skywalk kita  akan melihat Sentosa Barat, Gunung Faber, dan Pelabuhan Keppel yang terkenal. Skywalknya begitu bersih dan di tepi jalan, terdapat bumbung untuk berteduh daripada panas atau hujan.

Beach Fort Siloso

Sentosa mempunyai hamparan pantai terlindung lebih daripada 2 km (1.2 bt) di pantai selatannya, dibahagikan kepada tiga bahagian: Pantai Palawan, Pantai Siloso dan Pantai Tanjong. Pantai-pantai ini adalah tiruan, ditambak menggunakan pasir yang dibeli dari Indonesia dan Malaysia.

Pantai Siloso terletak di bahagian barat pantai selatan dan ia dikenali sebagai tempat untuk bola tampar pantai dan aktiviti luar lain seperti berkanu, skiboard, berbasikal gunung dan kasut roda. Terdapat juga kedai makan dan membeli-belah di sepanjang pantai.

Plaza Tanjong Pagar

Dari Pulau Sentosa berangkat menuju tanah besar Singapura dan menuju ke Plaza Tanjong Pagar. Plaza ini menjadi tumpuan pelancong kerana di sini terdapat pelbagai kedai yang menjual kraftangan tradisional, baju-T, cenderahati dan barangan hiasan.

Restoran Tasneem, Arab Street

Selepas selesai membeli-belah, peserta di bawa untuk makan tengahari di Arab Street. Kami singgah di Restoran Tasneem. Disini kami menempah makanan Nasi Briyani Ayam, Murtabak Daging dan Red Bone.

Masjid Sultan, Kampung Gelam

Sesudah makan, kami bergerak ke Masjid Sultan. Masjid ini bertentangan dengan Restoran Tasneem.

Masjid Sultan adalah pusat tumpuan masyarakat Islam Singapura. Masjid Sultan yang bersejarah terletak di daerah Kampong Gelam. Masjid Sultan adalah sebuah masjid terkemuka di Singapura dan salah satu bangunan keagamaan yang paling mengagumkan di negara itu.

Masjid ini dibina pada tahun 1824 untuk Sultan Hussein Shah, sultan pertama Singapura dari Kesultanan Johor kemudian dibaik-pulih kembali pada 1932, seperti apa yang kita lihat sekarang.

Di tepi kawasan masjid ini terdapat banyak gerai yang menjual cenderahati dan juga makanan. Selepas Solat Jamak Zohor-Asar, kami mengambil peluang bersiar-siar di kawasan ini.

Marina Bay

Selepas solat, kami dibawa ke Marina Bay.

Marina Bay ialah sebuah teluk yang terletak di Kawasan Tengah Singapura. Ia juga merupakan pusat bandar baharu Singapura, dibina di atas tanah tebus guna.

Marina Bay mewakili semua perkara yang moden, kehidupan mewah dan sangat bergaya, daripada destinasi makan yang hebat hingga ke tempat riadah yang menarik. Lawatan ke Marina Bay dijamin akan menyerlahkan deria kita.

Taman Merlion ialah mercu tanda terkenal Singapura dan tarikan utama pelancong, terletak di One Fullerton, Singapura, berhampiran Daerah Pusat Perniagaan. Merlion adalah makhluk mitos dengan kepala singa dan badan ikan yang digunakan secara meluas sebagai maskot dan lambang kebangsaan Singapura

The Garden by The Bay

The Gardens by the Bay ialah taman alam semula jadi seluas 101 hektar di Wilayah Tengah Singapura, bersebelahan dengan Teluk Marina. Taman ini terdiri daripada tiga taman tepi laut: Bay South Garden, Bay East Garden dan Bay Central Garden.

Sebuah pameran seni hortikultur dan taman, Gardens by the Bay mempersembahkan kawasan bebas tumbuhan dengan cara baharu untuk dinikmati semua. The Garsens by the Bay merupakan destinasi terakhir kami di Singapura dan perkhidmatan Tour Leader juga berakhir di sini. Selepas ini kami akan bergerak ke Johor Bahru melalui Check Point Woodland.

Makan Malam di Johor Bahru

Selepas selesai pemeriksaan Imigresen dan Kastam kedua-dua negara, kami dibawa ke Angsana Mall untuk makan malam.

Disini terdapat dua menu famous di Angsana Mall iaitu Mee Rebus Haji Wahid dan Nasi Ayam Hussin & Hani. Saya dan Isteri mencuba Mee Rebus. Selepas menikmati makan malam, kami dibawa ke hotel penginapan.

Penginapan di Hotel

Kami menginap di hotel Millesime di Iskandar Puteri, Johor Bharu. Pada asalnya menginap di Hotel Tokyo, dekat kawasan bandar. Disebabkan hotel Tokyo tidak cukup bilik untuk group kami, penganjur telah meminda ke Hotel Millesime. Hotel ini baru rasa nya, selesa juga menginap di sini.

Sarapan sudah termasuk dalam pakej kami. Kami bersarapan di hotel sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.

Jam 9.30am, kami check-out dan bersiap-siap untuk perjalanan seterusnya.

Dataran Hadapan Istana Bukit Serene

Dalam perjalanan, kami singgah di Dataran hadapan Istana Bukit Serene, Johor Bahru untuk mengambil gambar-gambar sebagai kenangan.

Johor Premium Outlet (JPO)

Meneruskan perjalanan dan singgah di Johor Premium Outlet (JPO). Disini saya dan isteri hanya melihat sahaja barangan di sini, barang semua cantik dan berjenama, harga pun cantik juga.

Kami hanya membeli makanan ringan untuk alas perut aje. Di sini bayaran hanya dibenarkan bayaran tanpa tunai sahaja.

Makanan Tengahari

Selepas satu jam perjalanan dari JPO, bas kami  keluar daripada Lebuhraya PLUS di Tol Ayer Hitam dan menuju ke Restoran Jentayu, Parit Sonto. Kami berhenti makan tengahari. Saya lihat ada beberapa bas persiaran berhenti di restoran ini, mungkin mereka ada ikatan perjanjian menang-menang antara mereka. Saya dan Isteri makan Kuey Teow Kerang sebab nak makan nasi, rasa macam kenyang lagi.

Kompleks Arena Warna

Selepas makan tengahari kami dibawa ke Kompleks Arena Warna. Kompleks ini menjual hasil-hasil pertanian dan kerepek-kerepek yang dihasil oleh penduduk setempat. Sebelum memborong, kami menunaikan dahulu solat jamak Zohor dan Asar.

Perjalanan Pulang ke KL Sentral

Selesai memborong, kami semua mula bergerak ke KL Sentral.

Selamat tiba KL Sentral jam 8.15 malam.

Kenangan

Berikut adalah klip video kenangan :

Klip Video #1 - Koleksi Video Pendek

Klip Video #2 - Koleksi Gambar

Semoga diberikan rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik dan diberi peluang melancong lagi. Aamiin.

Sekian.

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...