Stesen Keretapi Ipoh merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Stesen Keretapi Ipoh terletak di Bandaraya Ipoh, Perak.
Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal oleh masyarakat tempatan kerana rupa bentuknya yang seakan-akan Taj Mahal. Ianya merupakan mercutanda bagi bandaraya Ipoh kerana keunikan rupa bentuknya. Ianya dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan sebagai daya tarikan kepada pelancong.
Menurut kajian yang dibuat oleh syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sejarah kereta api Tanah Melayu bermula pada tahun 1885 iaitu landasan pertama dibina dari Taiping ke Port Weld (nama baharunya Kuala Sepetang). Nama yang digunakan pada masa itu ialah Perak State Railway.
LINK
Comments