24 Disember 2013 - Penduduk Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, Sabah berpesta ikan tamban apabila beribu-ribu spesies itu terdampar di pantai.
Fenomena itu bermula jam 8 pagi apabila tiga kumpulan besar ikan tamban melompat-lompat di gigi air di pantai kampung terbabit menyebabkan penduduk mengambil kesempatan menangkapnya termasuk menggunakan baldi.
Comments