Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

HADIS-HADIS YANG LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU SYA’BAN

Petikan daripada artikel Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman 13 Jun 2013 Berikut adalah beberapa contoh hadis-hadis lemah dan palsu tentang fadhilat malam Nisfu Sya’ban. HADIS PERTAMA : Daripada ‘Aisyah RA, dia berkata: “Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW lalu saya keluar, ternyata baginda berada di Baqi’, lalu Rasulullah bersabda: “Apakah kamu takut padahal Allah dan Rasul-Nya melindungimu?” Saya (‘Aisyah) jawab: Ya Rasulullah, saya mengira engkau mendatangi sebahagian isterimu (yang lain).” Baginda bersabda: “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah turun ke langit dunia lalu mengampuni lebih banyak dosa daripada banyaknya bulu kambing Bani Kalb.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi. “Dhaif Jiddan”). HADIS KEDUA : Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: “Jika datang malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah pada malam harinya (untuk bersolat) dan berpuasalah pada waktu siangnya. Sesungguhnya pada saat itu se...

13 Jun 2013 ,6.45 Petang - Angin Kencang Di Pulau Pinang

Sinar Harian   Malaysiakini   Utusan Malaysia   21 Kawasan Terjejas Kejadian Angin Kencang Di Pulau Pinang, Lapan Cedera   Sila klik URL berikut untuk maklumat   Bernama  21 Kawasan Terjejas Kejadian Angin Kencang Di Pulau Pinang, Lapan Cedera   Sinar Harian Antena menara tercabut, 9 cedera   Utusan Malaysia Ribut Pulau Pinang: Dua maut, lapan cedera parah   Harakah Ribut: Umat Islam digesa berdoa dan bermuhasabah   Malaysiakini  Ribut: Menara antena atas bangunan Umno tumbang, seorang maut        

Soal Jawab HAJI (Soalan 40, 41 dan 42)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan 40 : Apakah hukum haji wanita yang dilarang oleh suaminya.?  Jawapan : Jika haji itu merupakan haji yang wajib, maka haji yang dikerjakan itu adalah sah walaupun mendapat tentangan suami. Haji yang sunat pula memerlukan kebenaran suami. Dalam erti kata lain isteri dilarang menunaikan haji sunat tanpa kebenaran suami. Soalan 41 : Adakah suami wajib menanggung belanja isteri ke Makkah? Jawapan : Tidak , kerana tidak termasuk dalam nafkah wajib yang dipertanggungjawabkan ke atas suami. Walau bagaimanapun sunat bagi suami melaksanakan haji bersama isteri. ( rujuk Soal Jawab Haji & Umrah LTH 2006 ) Soalan 42 : Badan sihat, duit lebih daripada cukup. Tapi giliran haji tak sampai lagi? Jawapan : Kalau giliran tidak sampai lagi, maknanya syarat berkemampuan belum cukup. Mungkin boleh pergi tanya kalau ada cara untu mempercepatkan giliran.   S umber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda...

Soal Jawab HAJI (Soalan 38 dan 39)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan 38 : Ketika bersiap untuk haji, suami pula meninggal dunia kerana accident . Penerbangan haji lagi dua minggu. Cuti sudah ambil. Pasport sudah siap. Macam Mana?  Jawapan : Sebenarnya wanita yang dalam idah tidak dibenarkan ke luar berjalan jauh lebih-lebih lagi musafir. Firma Allah: M aksudnya : " Janganlah kamu mengeluarkan mereka (wanita dalam idah) dari rumah mereka dan janganlah mereka keluar" . (Surah al-Talaq 65:1) Jadi tidak sewajarnya wanita kematian suami dan masih dalam idah pergi haji. Biasanya pihak Tabung Haji ada prosedur untuk kes begini. Idah pula wajib selepas kematian suami selama empat bulan sepuluh hari. Begitu juga wanita yang dalam idah kerana bercerai hidup seperti suami emenceraikannya. Lain cerita kalau suami meninggal dunia di Makkah. Soalan 39 : Seorang lelaki tidak membenarkan isterinya untuk pergi haji. Sedangkan dia sudah memiliki kemampuan dari sudut kewangan dan akan ditem...

Soal Jawab HAJI (Soalan 36 dan 37)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan 36 : Biasanya wanita pergi haji dengan suami. Kalau tiada suami, macam mana?     Jawapan 36 :   Memang mejadi syarat untuk wanita yang bernusafir agar ada bersamanya suami atau mahramnya. Kalau tidak ada suami atau mahram seperti bapa kandung, abang kandung dan seumpamanya, Nabi SAW bersabda :   Maksudnya :   " Tidak bermusafir seorang wanita melainkan ada bersamanya mahram " (Riwayat al-Bukhari hadis no. 1763)   Jika tiada golongan mahram ini maka tiadalah wajib haji ke atasnya.   Mengikut pendapat Imam Syafi'i : Disyaratkan bersama suami atau mahram atau beberapa orang perempuan yang thiqah (dipercayai) atau sekurang-kurangnya dua orang perempuan yang boleh dipercayai bersama-sama yang terkenal warak dan teguh pegangan agamanya.   Jadi, bolehlah wanita yang tiada suami atau mahram yang menemani untuk pergi haji bersama dengan rombongan wanita. Sebabnya wanita yang ...

HIKMAH PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah. Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa. 1. Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin. 2. Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah SWT di dalam Al...

CERAMAH KHAS ISRAK MIKRAJ DI MTCJ 2013

Ceramah Khas Israk dan Mikraj Masjid Taman Cheras Jaya Pada 5 Jun 2013 selepas Solat Maghrib Penceramah : USTAZ HALIM DIN  

Soal Jawab HAJI (Soalan 33, 34 dan 35)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI Soalan 33 : Ada sepupu saya hartanya banyak, tapi kurang sihat. Selepas terbabit dengan kemalangan, kakinya patah. Hendak berjalan pun bertongkat dan berpimpin. Azamnya hendak pergi haji tahun ini?   Jawapan : Walau bagaimanapun, apabila  tidak sihat dan tidak kuat, maka dia tidak lagi digolongkan dalam kategori orang yang mampu. Kalau sudah lumpuh, maka kewajipan hajinya gugur. Kalau sudah patah kaki dan bersimen hingga susah untuk berjalan, biarlah sembuh dahulu. Kerja haji sebenarnya memerlukan juga kekuatan badan. (Kalau rasa sihat dan kuat, eloklah dikerjakan ibadat haji.)   Berdasarkan akuan pegawai perubatan, ada yang layak dan ada yang tidak. Jadi kalau dinasihatkan jangan pergi haji, maka bersabarlah dahulu.   Biasanya pihak berkuasa haji, mereka ada panduan kesihatan sama ada layak untuk pergi haji atau tidak.   Soalan 34 :   Antara kahwin dan haji, mana dulu? Belanja haji sekarang...

PERKAHWINAN ANAK EN AZIZI DAN PN SUZANA

Majlis telah berlangsung pada 1 Jun 2013 di Taman Cheras Jaya. Bersama-sama PPPBCJ membantu menjayakan majlis tersebut. Tahniah buat En.Azizi dan Pn Suzana dan Selamat Penganti Baru buat anak perempuan serta Suami. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.