BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI
Soalan 31 :
Tunaikan haji menggunakan duit yang halal lagi bersih.
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
Soalan 31 :
Apakah hukum seseorang lelaki yang pergi menunaikan haji tanpa meninggalkan sebarang bekalan untuk anak isterinya?
Jawapan :
Haram seseorang suami meninggalkan keluarganya tanpa bekalan yang akan memenuhi keperluan mereka sepeninggalanbya. Nabi SAW bersabda :
Maksudnya :
"Memadailah bagi seseorang dosa jika dia mengabaikan nafkah orang dalam tanggungannya".
Kalau dia pergi haji menyebabkan anak kelaparan, tidak pergi sekolah kerana tiada duit tambang dan sebagainya, maka dia belum cukup syarat wajib haji lagi (Dia belum berkemapuan untuk pergi haji).
Soalan 32 :
Duit banyak tetapi banyaknya daripada rasuah. Boleh pakai ke duit hasil rasuah untuk pergi haji?
Jawapan :
Hajinya sah tetapi perbuatannya haram. Renungi hadis Nabi SAW :
Maksudnya :
"Tidak seorang pun yang bekerja untuk mendapatkan harta dengan jalan haram lalu dia bersedekah padanya agar dia diberkati padanya, dan tidaklah dia bersedekah melainkan agar diterima, dan tidaklah juga dia meninggalkan harta haram sebagai pusaka melainkan semuanya menjadi bekalannya ke neraka."
Harta haram jangan digunakan untuk kepentingan sendiri. Eloknya diberi shaja kepada dana milik unmat Islam.
Tunaikan haji menggunakan duit yang halal lagi bersih.
Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments