Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

22 Mac 2013 : Istanbul dan Bursa (Hari Ke-4)

22 MAC 2013 HARI KEEMPAT HOTEL IKBAL, ISTANBUL Sarapan pagi di Hotel Ikbal. Bersiap sedia untuk lawatan di Istanbul. TOPKAPI PALACE Lawatan pertama pada hari ini adalah Topkapi Palace. Topkapi merupakan istana terbesar dan tertua di dunia masih terpelihara hingga ke hari ini. Pada tahun 1924, Presiden Kemal Atatürk telah menjadikan Topkapi Palace kepada sebuah muzium. Terletak di Acropolis, suatu tapak yang strategik di Istanbul, di Bosphorus dan Laut Marmara. Ia adalah sebuah kompleks dan dikelilingi oleh pagar dinding sepanjang 5 km dengan keluasan 700,000 meter persegi. Untuk memasuki ke Topkapi Palace, kita akan melalui pintu gerbamg yang gah. Semasa istana digunakan, terdapat beberapa zon yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu bagi pihak istana. Dahulu Topkaki Palace merupakan pusat hal ehwal pentadbiran, tempat di mana majlis menteri bermesyuarat, perbendaharaan serta tempat penyimpanan harta, barangan antik dan arkib kepunyaan negara selain tempat penginapan sulta...

21 Mac 2013 : Istanbul dan Bursa (Hari Ke-3 Bhg. 2)

21 Mac 2013 Hari Ketiga (Bhg. 2) Dari Bursa kami berangkat ke Istanbul. Kami melalui bandar Yalova menuju ke Terminal Feri untuk ke Istanbul. Dalam perjalanan kami berhenti sebentar untuk melihat ladang Zaitun. Pada masa ini pokok-pokok zaitun mula menyegar kerana peralihan cuaca. Negara Turki adalah pengeluar minyak Zaitun ( Olive Oil ) yang keenam terbesar didunia iaitu kira-kira 5% pengeluaran dunia. Negara Sepanyol (Spain) adalah pengeluar utama dunia kira-kira 45% pengeluaran dunia. Pelbagai buah Zaitun jeruk sentiasa disediakan di hotel. FERI KE ISTANBUL Selepas tiba di terminal, bas pun bergerak menuju bandar Istanbul. Kali ini kami melalui jambatan kedua iaitu Fatih Sultan Mehmet Bridge. Jambatan ini siap dibina pada tahun 1988. Jambatan ini menghubungi Hisarüstü (sebelah Europa) dan Kavacık (sebelah Asia). Panjang jambatan ini adalah 1,510 meter. MAKAN TENGAHARI Setiba di Istanbul, kami di bawa makan tengahari di Sehir Restaurant. GIAN MORI - BEST LEATHER ...