BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI
Soalan 9 :
Ada pihak yang mengatakan bahawa haji ini wajib ditunaikan lima tahun sekali. Ada hadis dalam masalah ini katanya.
Jawapan :
Memang ada hadis begitu sebagaimana riwayat Imam Baihaqi r.a dalam sebuah hadis qudsi, Nabi SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman :
Maksudnya :
"Sesungguhnya hamba-Ku yang Aku sihatkan baginya badannya dan aku luaskan bagi kesenangan hidup. Lima tahun telah berlalu dan dia tidak datang kepada-Ku makan dia terharam (daripada pahala dan keredaan)"
Walau bagaimanapun, para ulama memahaminya sebagai satu perkara sunat sahaja untuk berhaji lima tahun sekali.
Soalan 10 :
Apakah kelebihan menunaikan haji pada usia muda.
Jawapan :
Dalam hadis Jamik al-Ahadis al-Qudsiyyah no. 1105 :
Maksudnya:
Allah Azza Wajalla berfirman : "Apabila umur seseorang hamba itu sampai 40 tahun, dipeliharanya daripada tiga bala iaitu gila, kusta dan sopak. Maka apabila sampai umur 50 tahun, maka akan dihisab mengikut hisab yang mudah. Maka apabila sampai umur 60 tahun, Aku suka taubatnya, maka apabila sampai 70 tahun para Malaikat suka kepadanya, maka apabila sampai umurnya 80 tahun, Aku tulis kebaikannya dan membuang kejahatannya, maka apabila umurnya 90 tahun, maka para Malaikat berkata, "Tawanan Allah di muka bumi-Nya" dan diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang. Diberi syafaat kepada ahli keluarganya"

Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments