Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Osbon Muncul Juara Maharaja Lawak Mega

SHAH ALAM, 31 DIS 2011 : Malam kemuncak Maharaja Lawak Mega (MLM) menjadi malam yang penuh bermakna buat kumpulan Osbon apabila mereka diisytiharkan sebagai juara MLM, menewaskan tiga finalis lain. Pengumuman kejuaraan Osbon dibuat oleh hos MLM, Dato' AC Mizal pada malam final tersebut yang berlangsung dari Stadium Melawati, Shah Alam. Osbon yang dianggotai dua pelawak veteran, Os dan Abon muncul juara selepas mendapat hasil undian tertinggi penonton dan perkiraan markah daripada juri. Kemenangan Osbon membolehkan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM350,000 berserta trofi. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Boboi yang dianggotai dua nama besar dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki dan Harum Salim Bachik. Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM250,000 berserta trofi. Tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Indonesia, kumpulan Saehu yang dianggotai Eko, Bocil dan Fika. Tempat ketiga membolehkan membawa pulang wang tunai RM150,00...

Cacat bukan penghalang raih 9A

Muhammad Hadi Darus (berkerusi roda) dijulang oleh kawan-kawannya selepas menerima keputusan cemerlang PMR di Pendang PENDANG 22 Dis. 2011 - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tiang di sini membuktikan kecacatan bukanlah penghalang untuk mencapai keputusan cemerlang apabila meraih sembilan A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini. Muhammad Hadi Darus, 15, yang menulis dengan menggunakan kaki kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua belah tangan sejak kecil berjaya mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup. Dia yang merupakan anak kedua daripada lima beradik berkata, ejekan yang diterima pada waktu kecil menjadikan dia lebih bersemangat untuk mengejar kejayaan dalam pelajaran. “Masa kecil dulu ada yang ejek saya sebab cacat tetapi ejekan mereka menjadi pembakar semangat saya untuk berjaya. “Seka...

BNM perkenal not, syiling baru

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional. Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995. Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni. Siri Mata Wang Baru meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada....

Majlis Imbauan Nostalgia exSTK 1976-1980

17 Disember 2011 . Setelah beberapa kali tertangguh, kali ini berjaya diadakan perjumpaan bekas pelajar Sekolah Tinggi Kluang (STK) tahun 1976-1980. Ini merupakan reunion kedua, sebelum ini diadakan pada tahun 2008 di tempat yang sama iaitu di Rumah Rehat Kluang atau Kluang Rest House . Majlis ini telah diuruskan oleh Jawatakuasa yang diketuai oleh Saudara Hairuddin Ahmad. Lebih kurang jam 3.00 petang, aku bersama isteri dan tiga anakku bertolak dari Taman Cheras Jaya menuju ke Kluang untuk menghadiri perjumpaan ini. Singgah sebentar di Medan Selera Lot 10, Kg. Abu Bakar Baginda untuk menikmati makanan tengahari. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang dua jam perjalanan, kami berhenti rehat di RnR Pagoh untuk menunaikan kewajiban solat Asar. Kami tiba di Hotel Nagaria, Kluang lebih kurang jam 6.45 petang dan berehat. Jam 8.15 malam bersiap untuk ke Rest House, Kluang. Majlis bermula jam 8.30 malam dengan ucapan alu-aluan serta bacaan doa oleh Pengerusi...

Kesalahan dalam solat : Meninggalkan solat secara total

PERKARA 1 : MENINGGALKAN SOLAT SECARA TOTAL . Ada orang yang meninggalkan solat secara total atau keseluruhan atau tidak mengerjakan solat sama sekali. Perbuatan ini sebenarnya menyebabkan pelakunya menjadi kafir . Dalilnya terdapat dalam Al-Quran, hadis-hadis sahih dan kesepakatan ulama (ijma') Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah (9 سورة التوبة ) Ayat 11, فَإِن تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ  ۗ وَنُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ  "Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. " Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddaththir ( سورة المدثر 74) Ayat 42-43.   مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ‌ ﴿ ٤٢ ﴾ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ ﴿ ٤٣ "(Setelah melihat orang-orang yang bersalah...

Kuliah Subuh : Kegelapan

5 perkara Kegelapan dan Kesusahan itu akan berlaku dalam kehidupan manusia. 1. Dunia. 2. Dosa. 3. Kubur. 4. Akhirat. 5. Sirotulmustaqim. Ikutilah huraian oleh Ustaz Hj. Yusri Mohammad.

Perkahwinan Liana dan Mohd Hanif

3 Disember 2011 . Bersama-sama keluarga pergi untuk menghadiri perkahwinan anak kepada Puan Hajjah Fadzilah (Open) bersama Haji Marhalim di Dewan Komplek Mutiara Johor Land, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru. Ikut bersama kami ialah Puan Rozie Anis . Saya pick-up Puan Rozie di rumah nya di Cheras Perdana. Lebih kurang 3 jam setengah kami tiba di destinasi yang dituju. Bertemu sahabat lama, Encik Hairudin di hadapan pejabat Johor Land. Beliau bersama isteri serta anak telah selesai menjamu selera dan ingin berangkat pulang ke Kluang. Kami terus ke Dewan dan disambut oleh pihak tuan rumah. Jamuan yang disediakan secara buffer . Selepas mengambil makanan, kami duduk semeja disudut bahagian belakang dewan. Di majlis ini dapat bertemu kawan-kawan sekolah STK, Yazid, Sirli, Jamal, Jamaluddin, Ruzila, Hamimah, Fauziah, Zaleha, Norliza dan Cikgu Syed Hassan. Lebih kurang Jam 4 petang, kami berangkat pulang. Tahniah Open kerana menerima menantu dan kepada anak ...

Pekan Kajang dilanda banjir kilat

2 Disember 2011 . Hujan lebat beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang di sini dilanda banjir kilat. Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai. Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak. Kejadian banjir teruk di Kajang pernah berlaku pada 27 Ogos 2008. Berikut antara gambar-gambar yang dirakam orang ramai. Klip video

TIMUR BERTEMU SELATAN

29 November 2011 . " Timur Bertemu Selatan " adalah tema restoran Zee Zee Cafe & Catering yang bermaksud masakan timur dihidang bersama masakan selatan iaitu menu istimewa restoran ini, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Asam Pedas Istimewa. Restoran ini terletak di D-19-GA, Jalan Prima Saujana 2/f Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.  Masakan Asam Pedas memang sedap. Terdapat dua jenis ikan digunakan dalam masakan asam pedas ini iatu ikan Merah dan ikan Pari. Harga Asam Pedas bergantung pada harga pasaran ikan tersebut. Ini merupakan kali kedua aku menikmati makanan tengahari disini bersama dua anak lelaki ku. Kami makan makanan menu istimewa itu bersama air Epal Asam Boi, Longan dan Sirap Bandung. Restoran ini juga merupakan salah satu tempat yang dikunjungi oleh Team Program TV3 iaitu Jom Jalan-jalan Cari Makan .

Salam Awal Muharam Dan Maal Hijrah 1433 H

. . Doa Akhir Tahun Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang ...

Penutupan Istana Negara (Lama)

Tinggal sejarah, hari ini 15-11-2011, penutupan rasmi Istana Negara (lama) bagi bersemayam Yang Diperuan Agong. Majlis penuh istiadat itu bermula jam 9 pagi dengan perarakan masuk anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD. Kumpulan penurun bendera terdiri daripada 10 anggota RAMD kemudian menurunkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong sambil diperdengarkan tiupan paluan akhir yang bertujuan memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta.  Istiadat diteruskan dengan perarakan kumpulan penurun bendera bersama pasukan istiadat berkuda ke pintu masuk utama istana bagi menyerahkan bendera berkenaan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil, mewakili pihak Istana Negara menandakan berakhirnya penugasan di Istana Negara. Sebagai simbol penutupan bangunan yang tersergam indah dan ditandai dua kubah emas itu, Tengku Farok Husin kemudiannya ...

Makan Tengahari di Heritage Cafe, Kajang

14 Nov 2011 - Makan tengahari bersamaa anak-anakku, Syafiqah dan Zahid di restoran yang baru dibuka di Kajang, Heritage Cafe . Ia terletak di sebelahan Menara MPKj dan bertentangan dengan Komplek Mahkamah Kajang. Nasi Goreng Kampung Nasi Goreng Seafood Nasi Goreng Papprik Telur Dadar Kami order NASI GORENG KAMPUNG, NASI GORENG PAPPRIK, NASI GORENG SEAFOOD dan TELUR DADAR. Rasa masakan disini, kami rasa biasa cuma hiasannya menarik. Harga sesuai dengan suasana restoran. Sebenarnya menu utama di Cafe ini adalah Ikan Bakar, mungkin suatu masa nanti kami cuba pula IKAN BAKAR. Jalan-jalan Cari Makan musim cuti sekolah.