27 November 2010 - Menghadiri Perkahwinan Ismazaimy binti Ibrahim dengan pasangannya Hairul bin Hisam di Taman Meru, Ipoh. Isma adalah sepupu isteriku. Biasanya apabila balik ke kampung isteri ku di Parit, aku akan keluar lebuhraya melalui Tol Gopeng. Jarang benar aku keluar lebuhraya guna Tol Ipoh Utara. Dah nak jadi cerita, aku terpaksa pusing berpatah balik di Tol Kuala Kangsar. Sudah lama aku tidak keluar lebuhraya mengguna Tol Ipoh Utara. Lebuhraya disini telah banyak berubah. Dalam perjalananku dari Kuala Lumpur ke Ipoh, sepatutnya aku mesti susur keluar di Tol Ipoh Selatan dan menuju Tol Ipoh Utara untuk keluar ke Taman Meru. Tetapi aku tidak berbuat demikian, aku terus, apabila sampai di Tol Ipoh Utara, didapati jalan telah ditutup. Aku terpaksa meneruskan perjalanan dan berpatah-balik di Tol Kuala Kangsar. Selepas majlis perkahwinan ini, aku bersama isteri bertolak menuju ke Tapah untuk singgah sebentar di rumah adik ipar ku, Nomazila yang baru bertukar tempat kerja...