Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA

oleh : Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid Buku bertajuk DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA ini ditulis oleh  Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid . Perkara-perkara yang dibahaskan dalam buku tersebut telah dicatat/dimuatnaikkan dalam Laman Web/Blog CINA ISLAM oleh Drs Khalil Idlam Lim. Berikut adalah koleksi yang telah dikumpulkan untuk tatapan dan rujukan kita. Adapun hal-hal yang diharamkan adalah: 1. SYIRIK 2. RIYA’ DALAM IBADAH 3. THIYARAH 4. BERSUMPAH DENGAN NAMA SELAIN ALLAH 5. DUDUK BERSAMA ORANG-ORANG MUNAFIK ATAU FASIK UNTUK BERAMAH TAMAH 6. TIDAK THUMA’NINAH DALAM SHALAT 7. BANYAK MELAKUKAN GERAKAN SIA-SIA DALAM SHALAT 8. MENDAHULUI IMAM SECARA SENGAJA DALAM SHALAT 9. MASUK MASJID SEHABIS MAKAN BAWANG MERAH, BAWANG PUTIH ATAU SESUATU YANG BERBAU TAK SEDAP 10. ZINA 11. LIWATH (HOMOSEKSUAL) 12. PENOLAKAN ISTRI TERHADAP AJAKAN SUAMI 13. MINTA DITHALAK SUAMI TANPA SEBAB YANG DIBOLEHKAN SYARA’ 14. ZHIHAR 15. MENGGAULI ISTERI SAAT HAID 16...

Jangan biarkan isu perkauman hancurkan semua yang dibina

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu perkauman serta agama. "Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip mata. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada," kata Perdana Menteri dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan ke-53. Beliau berkata, sudah tiba giliran generasi sekarang untuk menerajui Malaysia ke peringkat kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi.  Perdana Menteri berkata, cabaran sebenar rakyat Malaysia hari ini adalah untuk mentransformasikan negara supaya menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ke arah itu, katanya, kerajaan telah memasakkan asas yang kukuh dalam bentuk pelan transformasi kerajaan (GTP) d...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE-53

Sekali lagi kita telah diberi kesempatan untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara kita. Tidak ada yang lebih berharga daripada mengecapi nikmat kemerdekaan ini dalam keadaan aman dan sejahtera. Satu nikmat yang tidak semua bangsa di dunia ini dapat mengecapinya walaupun mungkin mereka telah merdeka daripada cengkaman penjajahan. Justeru, kerana itu, kita seharusnya bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang telah membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada bangsa dan negara Malaysia. Tahun ini, kita akan merayakan kemerdekaan yang ke-53 tahun. Jika dibandingkan dengan tempoh negara kita dijajah, jangka masa 53 tahun ini amatlah pendek. Negara kita sebenarnya telah dijajah hampir 455 tahun lamanya. Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis, kita kemudiannya dijajah pula oleh Belanda, British dan Jepun. Justeru itu, sambutan yang kita raikan pada kali ini seharusnya tidak terlalu mementingkan kepada perkara-perkara keseronokan semata-mata tetapi hendaklah lebih kepada pengisian yang boleh...

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Sebahagian AJK Fatwa Kebangsaan - SS Mufti Keterangan/Hujah: 1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam. 2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khatta...

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Nuzul Al-Quran Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘ Nuzul ’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Bedilan mercun

ALOR SETAR: “Saya terduduk apabila melihat darah tidak henti-henti keluar dari mata kanan anak, manakala bajunya habis basah dipenuhi darah,” kata Norasiah Md Saad, 47, ibu Nor Syafiqah Abd Halim, 10, yang parah mata kanan akibat terkena mercun roket dimain anak jiran di Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah, dekat sini, Isnin lalu.

CAP: Haramkan minuman ringan beralkohol

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan. Presidennya SM Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu didapati mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus dan ia dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam dan bebas dibeli oleh golongan remaja dan kanak-kanak. "Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak sedangkan kandungan alkohol 5.5 peratus itu adalah tinggi dan tidak wajar dijual kepada kanak-kanak," katanya pada sidang akhbar di Georgetown. Beliau mendakwa maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca, membuatkan pengguna menyangka ia adalah minuman ringan berperisa buah-buahan. Antara minuman ringan yang ada kandungan alkohol terbabit ialah Storm Twistonic Gin & Tonic (6.3 peratus alkohol), Storm High Bal...

ANGKARA MERCUN

KOTA BHARU: Selasa, 24 Ogos 2010, Tindakan berani seorang murid prasekolah menyalakan mercun botol ditemui ketika bermain bersama adik perempuannya di kawasan rumah mereka membawa padah apabila dia melecur di muka akibat letupan mercun itu dalam kejadian di Kampung Bilut Banggul dekat sini, pagi semalam KUALA TERENGGANU 22 Ogos 2010- Akibat bermain mercun bola, seorang murid tahun tiga cedera di mata kanan akibat terkena letupannya dalam satu kejadian di Batu Enam, Manir, dekat sini semalam. Mangsa, Irwan Mustaffa Abu Bakar, 9, dipercayai bermain mercun tersebut seorang diri di hadapan rumahnya pada pukul 6.30 petang ALOR SETAR 23 Ogos 2010: “Mercun yang dibaling kawan itu tidak meletup, tetapi sebaik saja saya mengutipnya, ia tiba-tiba meletup,” kata Muhammad Firdaus Yusuf, 8, yang parah apabila dua jari tangan kanannya hampir putus akibat terkena mercun bola di Kampung Kubang Besar, Pokok Sena, dekat sini, pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, murid tahun d...

DADAH ANCAMAN KESELAMATAN

Penyalah-gunaan dadah di negara kita adalah satu masalah yang serius, kerana ianya melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, taraf hidup dan kedudukan, sehingga menjejaskan juga kakitangan Kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan dan penguat-kuasaan undang-undang negara. Sungguhpun segelintir sahaja yang dikatakan terlibat, tetapi ianya cukup untuk membimbangkan kita, tambahan pula dengan penglibatan golongan muda yang diharapkan akan mengambil alih masa hadapan negara ini. Kerajaan, tidak dapat tidak, terpaksa mengisytiharkan masalah penyalah- gunaan dadah di negara ini sebagai satu masalah keselamatan . Sedutan ucapan TUN DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD. ALI pada PERASMIAN SEMINAR PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH di TANJUNG BIDARA BEACH RESORT, MELAKA pada 22-11-1986 Berita 21 Ogos 2010 KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bagai dirasuk syaitan apabila cuba membakar ibu, ayah dan kakaknya dengan menyimbah petrol kepada mereka bertiga selepa...

PIJAK PERUT ISTERI HAMIL

Contohi lah pemimpin agung : Saidina Umar ibni al-Khattab Kisah Saidina dengan isterinya : Saidina Umar juga dikatakan pernah dibebel isterinya.... Satu hari ada seorang hamba Allah ni berniat nak mengadu pada Saidina Umar R.A selaku Khalifah islam yang paling garang akan perihal isterinya yang suka membebel padanya.., tapi sebaik sahaja hendak berjumpa dengan Khalifah Islam yang paling garang dan digeruni musuh itu, hamba Allah itu tak jadi nak mengadu sebaliknya terus pulang.. Kenapa? Takut Saidina Umar marah dia atau lempang dia kerana takut kat isteri sendiri? Bukan!.., Si hamba Allah itu patah balik tak jadi mengadu kerana sewaktu beliau hendak masuk berjumpa Saidina Umar yang garang itu, beliau sempat terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel pada Khalifah islam yang paling garang dan digeruni musuh itu! Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?” Si suami tadi menjawab, “...

Gejala Buang Bayi - INSAFLAH dan Jangan Hampiri ZINA

Imam Al-Ghazali berkata:  " Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa, jika dia terbiasa dengan benda yang baik, dia akan membesar dalam kebaikan dan biasa dengannya. Dan jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik, maka menderitalah dia dan binasa ." Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman: Daripada 65 kes pembuangan bayi di seluruh negara sepanjang tahun ini, 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 lagi tidak diketahui jantinanya dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian. Sepanjang tahun 2009, 79 kes direkodkan di seluruh negara membabitkan 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 lagi tidak diketahui jantinanya.  Sepanjang lima tahun lalu, 472 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dengan 214 bayi berjaya diselamatkan dan 258 lagi ditemui mati. 

AJAL BELUM SAMPAI ....

Sebuah pesawat Boeing 737 Jetliner yang membawa pelancong telah terhempas dalam ribut petir dan putus kepada tiga bahagian, melunsur atas landasan di Kepulauan Caribbean. Hanya seorang daripada 131 penumpang meninggal dunia iaitu seorang wanita 68 tahun, Amar Fernandez de Barreto . Pesawat Syarikat Penerbangan Aires membawa 125 penumpang dan enam ahli anak kapal . Gabenor pulau tersebut, Andres San Pedro Gallardo berkata "Itu sebuah keajaiban dan kita harus bersyukur kepada Tuhan".

Moreh - Satu cara ikatan Ukhuwah

16 Ogos 2010. Mulai malam ini, malam ke-7 hingga malam ke-13, merupakan giliran, Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) menguruskan berbuka puasa dan makanan moreh bagi Masjid Taman Cheras Jaya. Ahli PPPBCJ telah berbesar hati menyumbang bagi keperluan berbuka puasa dan jamuan moreh. Kerjasama yang baik antara ahli, mengurus, menyedia dan mengemas ini,  PPPBCJ telah berjaya  melaksanakan tanggungjawab ini. Semoga kerjasama dan semangat ukhuwah ini dapat dikekalkan sampai bila-bila.

Majlis Berbuka Puasa Masjid Taman Cheras Jaya

14 Ogos 2010. Satu majlis menyambut ramadhan dan berbuka puasa telah diadakan di perkarangan masjid Taman Cheras Jaya. Dalam majlis ini, ADUN Balakong sudi menyumbang sedikit keperluan berbuka puasa dan more untuk masjid dan surau di sekitar kawasan ADUN Balakong.

Ribut Taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin - Ujian atau Peringatan?

Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa . Kawasan bazar Ramadan itu musnah sama sekali dengan pelbagai makanan bertaburan di atas jalan seperti baru dilanda taufan. Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.

Bubur Lambuk - Makanan Popular Bulan Ramadhan

Bubur Lambuk amat sinonim dengan bulan ramadhan. Juadah yang popular untuk berbuka puasa. Kg. Baru Kuala Lumpur, sejak 51 tahun yang lepas, setiap kali menyambut Ramadan, penduduk kampung akan bergotong-royong menyedia dan memasak bubur itu untuk disedekahkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa. Di Malaysia terdapat banyak versi resepi  Bubur Lambuk. Berikut adalah salah satu resepi bubur lambuk  yang boleh kita cuba : RESEPI BUBUR LAMBUK Bahan-bahan nya : 1/2 ekor ayam 3 liter air 150 gram beras 5cm halia dihiris kasar 2 batang serai dititk 1/2 camca teh halba 100ml pati santan daripada 1/2 biji kelapa 2 helai daun kunyit dihiris nipis 5 cendawan hitam direndam dan dihiris Garam dan lada putih secukup rasa Bawang goreng dan daun bawang dihiris Cara membuatnya : 1. Rebus ayam dengan separuh sukatan air sehingga ayam empuk. 2. Sejat dan siat-siatkan dagingnya. 3. Didihkan air rebusan ayam tadi dan masukkan baki air bersama beras, hal...

Renungan...

Utusan Malaysia 12 Ogos 2010 SEMACAM menjadi suatu tradisi pada setiap kali Ramadan, kita akan fikirkan tentang apa juadah yang akan dihidangkan waktu berbuka dan sewaktu bersahur dengan kecurnya air liur. Tidak hairanlah kalau pasar Ramadan tumbuh macam cendawan selepas hujan sepanjang Ramadan manakala setiap gerai pula rata-rata dikerumuni pelanggan macam semut mengerumuni gula. Juallah apa sahaja, termasuk celur pucuk ubi kayu atau pucuk ubi keledek, acar pisang butir banyak, celur jantung pisang, ikan kering bakar dan pelbagai jenis makanan yang dianggap lekeh dan tidak munasabah untuk diniagakan pada bulan-bulan biasa, semuanya laris pada bulan puasa. Sekali gus bulan Ramadan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yang yang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun. Bazaar Ramadhan Putrajaya 11 Ogos 2010 Sumber : Utusan Malaysia

Azam Ramadhan

Sempena kita akan menyambut Ramadan, marilah kita berazam melaksanakannya dengan persediaan berikut : 1. Hendaklah menjaga mata daripada memandang perkara-perkara yang dicela oleh agama yang mana akan melalaikan hati serta jauh dari mengingati Allah. 2. Hendaklah memelihara lidah dari berbohong, bercakap dusta, bermusuh-musuhan dan membangga-bangga diri. 3. Hendaklah menjaga telinga dari mendengar perkara-perkara yang tidak baik dan haram, kerana Allah menyamakan mendengar perkara yang haram itu seperti memakan yang haram. 4. Menghindarkan anggota badan yang lain dari berbuat dosa dan perkara-perkara yang dilarang. 5. Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka sampai penuh perutnya. 6. Hendaklah hati kita itu merasa goncang antara harap dan cemas setelah selesai berbuka sebab kita tidak tahu apakah puasa kita itu diterima oleh Allah atau ditolak. Justeru, sebagai manusia kita begitu susah untuk memiliki sifat sabar dan kita sentiasa terdorong di bawah runtunan hawa n...

Fadhilat Ramadhan - Bulan Puasa

Firman Allah Ta’ala : dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183 yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa" .

Gadis Bersama Ular - Ratu Ular Puteri Ariyani

Baru-baru ini, di Perbadanan Mazium Negeri Kelantan mencuri tumpuan orang ramai untuk melihat keberanian Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan, yang tinggal bersama dengan seratus ekor ular berbisa dalam satu pameran ular di muziam tersebut. 

Kopi baik atau buruk?

LEGENDANYA bermula pada abad ke-9 di Ethiopia apabila seorang pengembala kambing mendapati kambing miliknya memberikan riak luar biasa sebaik saja selepas meragut buah kopi di sebuah ladang. Patutlah ramai yang setuju, kopi adalah jamu paling mujarab dan ringkas untuk berjaga malam ataupun sebagai pengganti pil supaya kelihatan cergas sentiasa. Kini selepas sekian lama sebati sebagai minuman pagi kepada masyarakat seluruh dunia, kopi dipelbagaikan lagi dengan hadirnya beraneka rasa, sama ada yang pekat, manis, berkrim atau dikisar dengan ketulan ais. Semuanya berasaskan biji kopi dari spesis arabica dan rabusta. 

Empat Akta Kawal Maklumat Berangkai Dalam Laman Web

Persidangan Dewan Negara dimaklumkan kesemua jenis kandungan berangkai termasuk kandungan laman web di internet adalah tertakluk kepada empat akta yang telah digubal di negara ini. Undang-undang berkenaan adalah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). AKM 1998 mengandungi beberapa peruntukan mengenai kandungan terlarang termasuklah Seksyen 211 dan 233 yang melarang pemberian kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain. Sebarang tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah berdasarkan kepada kandungan jaringan yang mempunyai unsur-unsur maksiat atau berita yang tidak menyenangkan. Sebanyak 405 aduan telah diterima melibatkan kandungan yang mengandungi unsur lucah (207), mengancam atau bersifat jelik (196) serta sumber-sumber pals...