Festival San fermin diadakan setiap tahun diantara 7 hingga 14 Julai di bandar Pamplona, Sepanyol. Festival ini adalah pesta larian sekumpulan lembu jantan yang dihalang oleh orang ramai. Orang ramai berpakaian serba putih dan skaf berwarna merah diikat dileher berkumpul di.Plaza del Ayuntamiento.
Pesta ini bermula jam 8.00 pagi dengan Datuk Bandar melepaskan tembakan mercun pertama, enam ekor lembu jantan dari ladang Miura akan dilepaskan dan berlari dilorong yang dipenuhi oleh orang ramai. Semalam dianggap hari paling berbahaya kerana ia melibatkan seekor lembu jantan seberat 655 kilogram yang bernama Coachero.
Seorang pelari cedera ditanduk di salah satu kakinya manakala tiga lagi terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dalam pesta melarikan diri dan beberapa orang lagi mendapatkan rawatan selepas terjatuh dan dipijak sekumpulan lembu jantan dari ladang Miura.
Walaupun isu penderaan binatang terus mendapat bantahan masyarakat dunia, namun di Sepanyol lain pula yang berlaku, acara perlumbaan lembu jantan pada Festival San Fermin di bandar Pamplona di utara negara itu terus menjadi acara tumpuan setiap tahun.
Comments