Malaysia telah membeli dua kapal selam jenis Scorpene pada 2002 yang dibina oleh DCN Shipyard International (DCNS) dan rakan kongsi dari Sepanyol, Navantia pada 2002.
Kapal selam kedua negara dilancar oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah yang dinamakan sebagai Kapal Diraja (KD) Tun Razak pada 08 Oktober 2010 di Cartagena, Sepanyol. Pemilihan nama kapal selam tersebut yang berkelas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak yang banyak berjasa terhadap kemerdekaan, pemodenan dan pembangunan negara.
Kapal selam kedua negara ini, selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut pada jam 4.40 petang Jumaat 02 Julai 2010.
Ia memulakan pelayaran pulang dari Toulon, Peranchis sejak 30 April 2010 lalu. Kapal itu mengambil masa pelayaran selama 64 hari dan singgah di empat buah pelabuhan iaitu Pelabuhan Iskandariah di Mesir, Jeddah di Arab Saudi, Salalah di Oman dan Cochin di India. KD Tun Razak menempuh pelayaran sejauh 13,488 kilometer merentasi laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Aden, Laut Arab, Lautan Hindi dan Selat Melaka dengan dikendalikan oleh 32 orang pegawai dan anggota TLDM.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata nilai kontrak perolehan kapal selam berkenaan ialah Euro 1.084 bilion (RM5.382 bilion) meliputi harga pembelian dua kapal selam baru, latihan untuk warga kapal selam, pakej bantuan lojistik bersepadu dan alat ganti serta penyediaan kemudahan pelatih kapal selam dan tim projek dan kos pengoperasian dua kapal selam termasuk senggaraan dianggarkan RM290 juta setahun.
Kelebihan Scorpene
Kapal selam jenis Scorpene dilengkapi teknologi terkini dunia yang dibina berdasarkan reka bentuk Kapal Selam Penyerang Nuklear (SSN) Tentera Laut Perancis.
Kehebatan utama kapal selam Scarpene menggunakan diesel dan elektrik sebagai sumber tenaga itu ialah kemampuannya beroperasi dengan sangat senyap, enyelam lebih lama, kelajuan tinggi, menyelam lebih dalam dan pengurusan sistem peperangan terkini.
Kapal selam ini juga mempunyai kemampuan membawa peluru torpedo, peluru berpandu dan pemusnah periuk api serta mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman sehingga 300 meter. Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu antikapal permukaan dan torpedo antikapal selam.
Kehadiran kapal selam juga dapat meningkatkan keupayaan peperangan bawah air TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan menjadikan ia sebuah angkatan yang lebih seimbang, kredibel dan berwibawa,
KD Tun Razak akan meneruskan pelayaran ke Pangkalan Kapal Selam di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah selepas seminggu di Lumut.
Sumber : Utusan Malaysia & Malaysiakini

Comments